Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hassan terima kad merah, Tanadari Lee selamatkan Albirex Niigata

Tampines gagal menang walaupun mendahului, penjaga gawang Albirex dibuang padang
Jun 28, 2023 | 01:19 PM



Meskipun ketinggalan satu gol dan kehilangan seorang pemain yang diperintah keluar padang, Albirex Niigata diselamatkan oleh penyerang veteran mereka, Tadanari Lee, apabila juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL) itu seri 1-1 dalam perlawanan menentang Tampines Rovers pada Selasa.

Lee, 37 tahun, menganggap perlawanan itu sebagai “yang paling penting musim ini” dan “amat gembira” kerana dapat menjaringkan gol penyamaan buat pasukannya, lapor The Straits Times.


Beliau menambah bahawa banyak perkara berlaku dalam setiap perlawanan dan yang paling penting ialah mengubah minda dengan pantas.

Tatkala pasukannya ketinggalan 1-0 dengan baki 11 minit dalam perlawanan di Our Tampines Hub (OTH) itu, Lee memberikan tindak balas paling pantas untuk menjaringkan gol hasil tandukan Seia Kunori bagi menjadikan kedudukan 1-1.

Keputusan seri itu mengekalkan Albirex di tangga teratas SPL dengan 37 mata selepas 15 perlawanan, sementara Tampines di tempat kedua dengan 34 mata.

Jika Tampines telah memenangi perlawanan itu, mereka mempunyai sama mata dengan Albirex, iaitu 36, tetapi dengan jumlah gol yang lebih rendah.

Perlawanan kelihatan suram buat Albirex apabila penjaga gawang mereka, Hassan Sunny, dibuang padang semasa separuh masa pertama apabila perlawanan masih 0-0.

Satu umpanan jauh menimbulkan keadaan panik buat Albirex dan Hassan menerkam penyerang Tampines, Boris Kopitovic, di luar petak penaltinya.

Pengadil dengan segera mengeluarkan kad merah terhadap Hassan.

Tampines kemudian membuka jaringan tujuh minit selepas separuh masa kedua bermula apabila pengadil memutuskan Koki Kawachi memegang bola tendangan Yasir Hanapi.

Kopitovic mengambil sepakan penalti dan dengan tenang menendang bola melepasi penjaga gawang gantian Kai Yamamoto.

Selepas jaringan Lee, Kopitovic mempunyai peluang lewat untuk memastikan kemenangan Tampines, namun tendangannya menuju terus ke arah Yamamoto.

Berusia 18 tahun, Yamamoto membuat penampilan pertamanya pada Sabtu apabila Albirex membenam Tanjong Pagar 4-0.

Remaja itu berkata: “Sememangnya ia perlawanan mendebarkan kerana apabila saya dimasukkan permainan masih 0-0 dan kami bermain dengan hanya 10 pemain.

“Namun kemunculan pertama saya dalam SPL minggu lalu telah menenangkan saya dan sokongan rakan sepasukan serta jurulatih juga amat menggalakkan.”

Jurulatih Albirex Kzuaki Yoshinaga berkata beliau gembira dengan keputusan seri itu serta usaha yang dipamerkan pemainnya.

Beliau menambah: “Saya amat bangga dengan persembahan pasukan saya. Kami bermain dengan baik untuk menjaringkan gol penyamaan meskipun kurang seorang pemain.”

Jurulatih Tampines Gavin Lee pula kecewa pasukannya tercicir dua mata sedang pasukan itu berusaha memburu kejuaraan pertama mereka sejak 2013.

Beliau menekankan bahawa “ini bukan bermakna dunia sudah berakhir”.

“Pada masa ini, kami perlu memastikan jiwa kami tidak terjejas dan kami akan cuba jadi seberapa objektif yang kami dapat”.

“Kami mempunyai tenaga yang mencukupi untuk terus bermain bagi sembilan perlawanan seterusnya,” tambahnya.

Secara keseluruhannya, Tampines sekali lagi mensia-siakan peluang di depan pintu gol padahal mereka mempunyai 22 percubaan dengan sembilan ke arah sasaran.

Buat kali kedua dalam Jun, mereka gagal mengekalkan kelebihan 1-0 apabila berdepan tiga pasukan teratas.

Mereka berada dalam kedudukan sama semasa menentang Lion City Sailors pada 7 Jun, tetapi melepaskan gol penyamaan lewat hingga kehilangan mata penting. – ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >