Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jaringan Gomes bawa Everton ke pusingan ke-4, jumpa Luton

Jan 18, 2024 | 04:21 PM



LIVERPOOL: Tendangan percuma Andre Gomes membantu Everton mengatasi Crystal Palace 1-0 dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA.


Ini bermakna Everton akan menentang Luton Town pada pusingan seterusnya.

Gomes membuka tirai perlawanan dengan jaringan beliau pada minit-42 di Goodison Park, hasil tendangan percuma beliau dari jarak 23 meter daripada gol.

Itu merupakan satu-satunya aksi bermutu di dalam perlawanan yang kekurangan peluang di mana Everton berjaya bertahan untuk mendapatkan kemenangan pertama mereka sejak 16 Disember.

Perlawanan ini berlangsung dua hari selepas Everton didakwa melanggar peraturan kewangan Liga Perdana England (EPL) buat kali kedua musim ini.

Sebelum perlawanan itu, penyokong Everton menegakkan sepanduk yang menyatakan “Terus Maju Evertonians, kami tidak akan goyah”

Gomes, yang berusia 30 tahun, membuat penampilan keduanya untuk Everton sejak Mei 2022, kerana menghabiskan musim lalu dengan Lille secara pinjaman sebelum mengalami kecederaan.

Pemain tengah itu mengagumkan untuk Everton di Goodison, menjaringkan gol keduanya dalam lima penampilan melalui tendangan percuma beliau.

Everton menguasai bahagian tengah padang untuk separuh masa pertama, dengan percubaan Dominic Calvert-Lewin diselamatkan oleh penjaga gawang Crystal Palace, Sam Johnstone.

Everton berjaya untuk bertahan dan kini akan menentang Luton di tempat sendiri pada 27 Januari.

Mereka berharap mereka dapat ke peringkat kelima piala FA buat kali ketiga dalam tiga musim.

Namun, berkemungkinan besar Abdoulaye Doucoure dan Seamus Coleman akan terlepas perlawanan itu.

Pengurus Everton, Sean Dyche, berkata selepas perlawanan itu, mereka sedang mengalami kecederaan dan ia ‘terlalu awal’ untuk menetapkan tarikh mereka dapat kembali bermain.

Prestasi teruk Crystal Palace kekal. Mereka hanya memenangi satu perlawanan dan mengalami enam kekalahan daripada 11 perlawanan.

Kekalahan ini juga bermakna bahawa pasukan bimbingan Roy Hodgson telah disingkirkan daripada pusingan ketiga piala FA dalam empat daripada lima musim, kecuali pada musim 2021-22 di mana mereka sampai ke peringkat separuh akhir piala itu.

Palace mendapatinya sukar untuk menghasilkan peluang manakala keputusan Hodgson untuk keluarkan penyerang utama mereka, Eberechi Eze di separuh masa kedua disambut dengan ketidakpuasan daripada penyokong Palace, di mana kata-kata (dituju kepada Hodgson) seperti “kamu tidak tahu apa yang kamu sedang lakukan” dapat didengar.


Palace akan menentang Arsenal untuk perlawanan EPL pada 20 Januari. – Agensi berita.

“Jikalau saya seorang penyokong, saya juga tidak mahu lihat Eze dikeluarkan,” beritahu Hodgson kepada pihak media.


“Kami mempunyai perlawanan pada 20 Januari ini dan kami perlukan pemain seperti Eze yang merupakan salah satu pemain terbaik pasukan,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >