Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jude Bellingham ‘luar biasa’ tapi Harry Kane juga penting: Gareth Southgate

Oct 18, 2023 | 03:56 PM



LONDON: Pengurus England, Gareth Southgate memuji Jude Bellingham yang luar biasa selepas pemain tengah itu memberi inspirasi kepada pasukannya untuk menang 3-1 ke atas Italy di Wembley pada Selasa dan menempah tempat ke pusingan akhir Euro 2024.


Pemain berusia 20 tahun itu tidak berjaya mencatatkan jaringan tetapi pengaruh dan keyakinannya amat besar dalam memberi dorongan kepada pasukannya.

“Saya sangat gembira dengan cara kami mengawal permainan,” kata Southgate kepada pemberita.

“Dengan Jude, pemikirannya luar biasa bagi usianya. Untuk memberi impak sebegitu pada usia muda, dan menunjukkan kematangan seperti itu selain merendah diri. Kami sangat bertuah memilikinya.”

Bellingham juga memberi impak besar di Real Madrid sejak berpindah dari Borussia Dortmund pada 2023, dengan menjaringkan 10 gol dalam 10 perlawanan pertamanya.

Beliau berkata selepas perlawanan pada Selasa bahawa perpindahan ke Real telah meningkatkan permainannya 100 peratus.

“Apabila anda berada di sekeliling pemikiran dan mutu pemain sebegitu setiap hari... ia membawa anda ke tahap baru dari segi mental, fizikal dan teknikal,” katanya kepada BBC.


Southgate berkata pemain muda itu telah menjadi “pemangkin” untuk England.

“Cara beliau membawa diri dan cara beliau bermain di atas padang menunjukkan perkara itu,” jelasnya.

“Terus terang, beliau seperti itu sejak menyertai pasukan ini. Ditambah dengan kekuatan dalam permainannya, yang memberi kami sesuatu apabila berada dalam situasi yang sukar.

“Saya fikir kepercayaan itu, kesediaan untuk melibatkan diri dengan orang ramai, ia adalah sifat yang bukan biasa dalam kalangan pemain yang begitu muda.”

Sedang Bellingham menarik perhatiannya, Southgate menjelaskan kaptennya Harry Kane – penjaring dua gol semasa menentang Italy, satu menerusi sepakan penalti – juga memainkan peranan penting.

“Ada risiko kami mengambil mudah gol,” katanya pada malam di mana Kane disaksi sebagai penjaring terbanyak England sepanjang masa di Wembley dengan 24 gol.

“Tetapi permainannya yang menyeluruh, caranya yang fizikal dalam menangani pemain pertahanan tengah, visinya, sepakannya – kerana kami telah memilikinya untuk seketika beliau mudah dipandang rendah tetapi beliau adalah pemain peringkat teratas.”

Southgate berkata perpindahan mahal Kane ke Bayern Munich, dari Tottenham Hotspur telah memberi dorongan baru tetapi beliau juga kelihatan seronok pulang dan membentuk sebahagian daripada pasukan England sekali lagi.

“Pemain senior kami memberi contoh cemerlang kepada pemain muda,” kata Southgate. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >