Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SOROTAN ATLET

Jude Bellingham: Remaja di garis hadapan masa depan England

Oct 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Keperitan daripada kekalahan England kepada Italy menerusi penalti di final Euro 2020 masih lagi dirasakan namun detik itu juga menandakan permulaan bagi sesuatu yang istimewa untuk Three Lions. Jude Bellingham menjadi contoh baik.



Pemain midfield itu membuat tiga penampilan dalam kejohanan tersebut dan tidak dibariskan dalam final di Wembley tetapi terus menyerlah di kelab yang dikenali memupuk bakat muda.



Persembahan konsisten Bellingham, 18 tahun, untuk Borussia Dortmund menerima bandingan dengan Steven Gerrard, sementara kematangan beliau telah disamakan dengan Cesc Fabregas dan Vincent Kompany.



Bos England Gareth Southgate mungkin tidak menyertakan remaja itu dalam skuadnya baru-baru ini untuk memberi beliau waktu rehat, tetapi keputusan itu menunjukkan tanda Bellingham sudah meyakinkan jurulatihnya bahawa beliau adalah sebahagian besar masa depan pasukan nasional.



Di Italy, ia mengejutkan bahawa Bellingham belum menjadi pemain penting bagi Three Lions ketika kedua-dua pasukan bertemu pada musim panas lalu.



"Bellingham menjadi topik perbualan di Italy semasa Euro, sama seperti (Phil) Foden ketika perjalanan Manchester City dalam Liga Juara-Juara," kata pakar bola sepak Italy James Horncastle dalam rancangan BBC, Euro Leagues Football Show.



"Ada yang rasakan England membazir ramai bakat dalam final itu dan bahawa lebih ramai pemain seharusnya bermain di padang dan disatukan dalam pasukan lebih awal.



"Jadon Sancho turut menjadi sebutan - dan bahawa England berpotensi menunjukkan lebih. Itulah perbualan di kalangan wartawan akhbar Italy. Ada yang rasa ia bukan suatu pengakhiran untuk England, ia adalah suatu permulaan buat England, dengan Bellingham menerajuinya."



Cadangan bahawa Bellingham memerlukan rehat semasa tempoh perlawanan antarabangsa mungkin sesuai apabila anda mendapati beliau bermain 53 kali untuk kelab dan negara musim lalu dan menjadi pemain tetap dalam Bundesliga dan Liga Juara-Juara musim ini.



Persembahan Bellingham namun tidak kurang bertenaga, dengan rakan sepasukannya memuji sikapnya yang tidak kenal lelah.



Bellingham diberikan "lampu hijau" untuk terlibat dalam serangan baru-baru ini dan rembatan kaki kiri yang mantap dalam kemenangan ke atas Hoffenheim dalam Bundesliga Ogos lalu, di samping gol dan 'assist' dalam Liga Juara-Juara menentang Besiktas bulan lalu, menunjukkan pemain midfield itu ada banyak taring.



"Dia memiliki tenaga yang mudah berjangkit kepada orang lain, di luar padang dan dalam padang," kata wartawan Bundesliga, Archie Rhind-Tutt.



"Pemain senior dalam bilik salinan Dortmund sudah pun memujinya - Mats Hummels berkata dia menyatakan cintanya kepada Bellingham 25 kali; Marco Reus berkata Bellingham mengingatkan dia sedikit kepada Steven Gerrard, dengan gaya permainan dan keinginannya untuk membuat larian.



"Dia suka pertempuran dan melibatkan dirinya dalam aspek kelasakan permainan. Misalnya, ketika dia beri sepakan percuma di bahagian sendiri kepada lawan, dia akan diri di atas bola, dia akan tolak lawan dari belakang - menentang Leverkusen, dengan baki 10 minit, dia mengasari lawan dan duduk sahaja di atas bola."



Bellingham tinggal bersama ibunya di Jerman, yang menurut Rhind-Tutt "membantunya bersikap rendah diri", tetapi memiliki kelebihan kekuatan ketika beraksi di padang.



Bukti dapat dilihat dalam sambutan menyusuli gol pembukaannya di Besiktas, yang menyenyapkan penonton tuan rumah, dan detik itu juga di mana beliau dilihat menghirup bir yang dicampak penyokong ke padang setelah Erling Braut Haaland menjaringkan gol kemenangan menentang Bayer Leverkusen.



"Adakalanya dia terbawa oleh emosinya, tapi kakitangan jurulatih Dortmund maklum tentang perkara itu dan biarkan dia tenangkan diri," tambah Rhind-Tutt. "Dia memiliki banyak potensi dalam permainannya - penilaiannya sangat bagus dan keinginannya untuk belajar sangat besar.



"Ia sangat menarik. Di Jerman, ada yang kata 'Ada perkara yang dia tidak dapat lakukan?"



Bellingham telah menempuh perjalanan yang panjang sejak Ogos 2019, ketika beliau mencipta sejarah sebagai pemain termuda untuk membuat penampilan sulungnya di Birmingham City, pada usia 16 tahun 38 hari.



Pada hujung musim itu, beliau dikaitkan dengan kelab terbaik Eropah. Beliau menolak tawaran ke Manchester United untuk berpindah ke Jerman, yang beliau percaya mendapatkannya lebih banyak peluang bermain dalam pasukan utama.



"Dia sangat matang," jelas pakar bola sepak Eropah Julien Laurens.



PEMAIN MIDFIELD £100 JUTA DI USIA 18 TAHUN?



Kini, terdapat perbualan di kalangan kelab Liga Perdana, yang ingin membawa pulang Bellingham, pemain yang boleh menjadi tunggak midfield pasukan negara untuk 15 tahun seterusnya, ke England.



"Ada lagi ruang untuk dia berkembang di Dortmund," kata Rhind-Tutt, yang mengatakan kontrak pemain itu akan tamat pada 2025 dan tanpa klausa pelepasan.



"Sekiranya dia terus memapar persembahan hebat seperti sekarang, saya jangka dia tidak akan berada di sana lebih lama. Standard dan prestasi yang dia capai sangat luar biasa.



"Dia sesuai untuk bermain di mana-mana kelab. Ia tidak menjejasnya jika dia kekal di Dortmund sebab dia akan terus berkembang, tapi dia akan menjadi kapten hebat untuk mana-mana kelab pada masa akan datang.



Laurens mencadangkan sama ada Manchester United atau Manchester City akan menjadi destinasi seterusnya remaja itu, jika dia memutus untuk meninggalkan Dortmund.



"Sekiranya United mencari pengganti Paul Pogba, Bellingham adalah orangnya," tambah beliau. "Dia sudah menjadi pemain bernilai £100 juta ($186 juta) - meskipun berusia 18 tahun.



"Lebih lama anda tunggu, lebih tinggi harganya. Jika anda tunggu terlalu lama, harga boleh naik £120-£130 juta." - Agensi berita.




"Bellingham menjadi topik perbualan di Italy semasa Euro, sama seperti (Phil) Foden ketika perjalanan Manchester City dalam Liga Juara-Juara. Ada yang rasakan England membazir ramai bakat dalam final itu dan bahawa lebih ramai pemain seharusnya bermain di padang dan disatukan dalam pasukan lebih awal."
- Pakar bola sepak Italy James Horncastle dalam rancangan BBC, Euro Leagues Football Show.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >