Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Jurulatih baru ingin pemain lebih proaktif, pantas

May 28, 2022 | 05:30 AM



KAPTEN pasukan bola sepak nasional Hariss Harun berkata masih terlalu awal untuk mengulas lebih lanjut mengenai latihan di bawah jurulatih bola sepak nasional baru Takayuki Nishigaya, tetapi beliau berkongsi warga Jepun itu mahukan pemainnya bersikap lebih proaktif di padang.



"Masih terlalu awal... tetapi adalah jelas beliau ingin kami bersikap lebih proaktif, sama ada apabila kami mempunyai bola atau bila lawan mempunyai bola," kata Hariss, yang beraksi bagi Lion City City Sailors.



Pemain midfield, Shahdan Sulaiman, yang juga dari Sailors, berkata:



"Pengamatan awal saya ialah beliau (Nishigaya) seorang yang mempunyai etika kerja yang kukuh dan beliau menjangka etika yang serupa daripada kami.



"Beliau seberapa boleh cuba bertutur dalam bahasa Inggeris dan memberitahu pemain lebih berpengalaman seperti saya untuk memberi bimbingan kepada pemain lebih muda.



"Interaksi kami yang pertama ini singkat, tetapi ia adalah positif dan beliau berkata akan berkongsi lebih lanjut mengenai taktik apabila pasukan penuh berada di Abu Dhabi nanti."



Shahdan dan Hariss berkata demikian semasa bercakap dengan The Straits Times selepas sesi latihan pertama kelmarin.



Sesi latihan di padang di Geylang Lorong 12 itu kelmarin bermula pada 7.30 pagi, tetapi Nishigaya dan penolong jurulatih Nazri Nasir dan Koichiro Iizuka tiba pada 6 pagi untuk membuat persiapan.



Seramai 11 pemain yang hadir mewakili Sailors dan Young Lions, yang tidak terlibat dalam perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) minggu ini.



Tempoh yang diperuntuk bagi bola sepak antarabangsa bermula lusa.



Mereka disertai tiga pemain yang berpangkalan di luar negeri - Safuwan Baharudin (Selangor) serta Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi (BG Pathum).



Di penghujung sesi, baki skuad mula hadir, selepas menjalani latihan dengan kelab masing-masing.



Namun seluruh 27 anggota pasukan akan terbang ke Abu Dhabi esok, di mana mereka akan bertemu Kuwait dalam perlawanan persahabatan pada Rabu nanti, antara persiapan bagi kelayakan Piala Asia yang berlangsung 8-14 Jun.



Nishigaya, 49 tahun, dan bercakap menerusi seorang pengalih bahasa berkata:



"Sesi ini adalah seperti sesi pemulihan bagi saya mengenali pemain dan watak mereka dan saya senang hati melihat tahap komitmen masing-masing dan keinginan mereka menyarung jersi nasional."



Pemain muda dan wajah baru dalam pasukan, Glenn Kweh, 22 tahun, yang mewakili Young Lions berkata beliau bertekad menyesuaikan diri dengan keadaan latihan di peringkat nasional.



"Apabila saya menerima bola, pemain pertahanan akan memberikan tekanan dengan lebih cepat di sini.... saya perlu menyesuaikan diri, berfikir dengan pantas dan bermain dengan lebih pantas. Ini semua saya rasa dapat mempertingkat cara permainan saya," kata Kweh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >