Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Kane dan Bellingham dianggap dua pemain terbaik dunia sekarang

Nov 06, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Adakah England kini mempunyai dua pemain terbaik dunia pada masa ini?


Pada 28 Oktober, enyerang berbisa Harry Kane menjaringkan gol dari tengah padang untuk membantu pasukannya Bayern Munich membelasah Darmstadt 8-0/

Sementara itu, Jude Bellingham, menjaringkan gol kemenangan buat Real Madrid pada minit ke-92.

Pemain midfield England, Jude Bellingham 20 tahun, kini seolah-olah menjaringkan gol hampir setiap minggu buat pasukan gergasi La Liga atau Liga Sepanyol.

Pada 28 Oktober, beliau menjaringkan kededua gol apabila Real Madrid menewaskan Barcelona 2-1.

Sementara itu penyerang handalan Kane pula meraih hatrik keduanya dalam sembilan penampilan beliau di Bundesliga atau Liga Jerman.

Dengan kededua pemain itu menyerlah dalam liga masing-masing, adakah mereka mampu mendukung England ke tahap lebih tinggi dalam jangka masa terdekat ini?

Bellingham telah memulakan empat bulan pertamanya di Real Madrid dengan penuh gaya.

Bekas pemain midfield kelab Birmingham City sebelum ini bermain di Borussia Dortmund sebelum berpindah ke Real Madrid dengan harga £88.5 juta ($146.9 juta) dan dikatakan sudah pun memenuhi jangkaan sebagai pemain kesebelasan utama.

Beliau telah menjaringkan 13 gol dan menghasilkan tiga assist (membuka laluan) sepanjang 13 penampilannya bagi Real Madrid, dan hanya gagal menemui sasaran dalam tiga perlawanan untuk kelabnya dalam musim ini.


Selepas menjaringkan gol dalam kededua penampilan sulung La Liga dan Liga Juara-Juara bersama Real Madrid, beliau menjaringkan gol penyamaan sejauh 27 meter dalam perlawanan pertama menentang Barcelona pada 28 Oktober.

Hanya 20 minit kemudian, beliau melakukan rembatan voli dalam masa kecederaan yang merupakan gol kemenangan dan terus mengukuhkan tiga mata buat pasukannya.

Kebolehannya itu mendapat pujian daripada kededua pengurus pasukan Carlo Ancelotti dan rakan sepasukannya Luka Modric.

“Beliau seolah-olah seorang pemain veteran dengan jaringan pertamanya itu mengubah rentak permainan.

“Pada hari itu beliau ternyata hebat dan mengejutkan ramai dengan gol jaringan cantiknya di luar petak penalti,” kata Ancelotti.

Sebanyak 10 gol Bellingham sejauh ini adalah seganda jaringan lebih banyak berbanding pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo sepanjang 10 perlawanan liganya semasa menyarung jersi Madrid pada 2009.

Ronaldo seorang penyerang sementara Bellingham pemain midfield.

“Saya sudah menonton banyak perlawanan Clasico (antara Real Madrid dengan Barcelona) bersama keluarga dan saya beritahu mereka bahawa hari itu (beliau jaringkan dua gol ke atas Barcelona) masa saya pula untuk lakukan sesuatu yang hebat dan secara langsung,” kata Bellingham dalam laman web Madrid.


“Padahal saya tidak bermain pada tahap terbaik. Kadangkala ia bukan mengenai melakukan sesuatu yang istimewa setiap kali saya dapat bola, tapi saya bergabung dengan para pemain lain,” tambahnya.

Pengurus Madrid, Ancelotti pula berkata: “Bellingham boleh jaringkan sehingga 20 atau 25 gol, kerana permulaannya hebat.”

Sementara itu Kane pula sudah mula mencapai rekod di Bayern Munich.

Apakan tidak, Kane merupakan pemain Bundesliga pertama dalam sejarah untuk menjaringkan 12 gol dalam sembilan perlawanan.

Pada 28 Oktober, beliau memulakan jaringan buat Bayern Munich semasa menentang Darmstadt 98.

Beliau kemudian menewaskan penjaga gawang pihak lawan, Marcel Schuhen, dengan jaringan jarak jauh dari tengah padang, dan melengkapkan hatrik beliau dua minit sebelum perlawanan berakhir.

“Bola yang digunakan dalam perlawanan itu akan ditempatkan di ruang rumah saya,” kata Kane selepas pasukannya menang 8-0 dalam perlawanan tersebut.

Pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan 14 gol selain tujuh assist bagi Bayern pada musim ini dalam semua pertandingan.


Beliau juga telah menjaringkan tiga gol dalam dua permainan untuk England musim ini.

Kane berpindah ke Munich dengan nilai £86.4 juta selain kos tambahan lain musim ini, mengakhiri kerjaya hebat beliau bersama Tottenham Hotspur.

Beliau memenangi But Emas dalam Liga Perdana England (EPL) sebanyak tiga kali 2015/2016; 2016/2017; dan 2020/2021 serta menjaringkan 213 gol dalam 320 perlawanan, hanya 48 gol kurang berbanding rekod jaringan Alan Shearer dalam EPL.

Perpindahan Kane ke Bayern Munich akan sentiasa dipersoalkan beberapa penyokongnya, namun sejauh ini beliau sudah pun mencapai tahap berbeza selepas jaringan hatrik pertamanya dalam perlawanan menentang Bochum pada September dan hatrik kedua pada 28 Oktober.

Kededua Bellingham dan Kane kini dianggap antara tunggak skuad England dalam persaingan antarabangsa, namun sejauh mana ini dapat dicapai, hanya akan diketahui dalam perlawanan akan datang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >