Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kecewa dengan hasil seri, Tampines Rovers fokus pada perlawanan seterusnya

Jun 08, 2023 | 05:27 PM



Selepas menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-58 ketika menentang bekas kelabnya Lion City Sailors, Faris Ramli menyangka golnya akan memberikan kelabnya Tampines Rovers kemenangan.

Tetapi harapannya musnah apabila beliau menjatuhkan Maxime Lestienne di kotak penalti pada minit ke-82, bermakna Sailors diberi penalti di mana Lestienne berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) itu berakhir 1-1 di Stadium Bishan pada Rabu.

Keputusan seri itu bermakna Albirex Niigata kekal di tangga pertama di SPL dengan 30 mata. Tampines juga mempunyai 30 mata tetapi berada di tangga kedua kerana mempunyai perbezaan gol yang kurang baik berbanding Albirex. Sailors menduduki tangga ketiga dengan 27 mata.

Mengulas tentang insiden penalti itu, Faris berkata: “Semua orang meneruskan permainan selepas Lestienne jatuh, jadi saya menganggap ia bukan penalti. Kadang-kadang keputusan diberikan pengadil adalah keras tetapi itulah hakikatnya.”

Penyerang itu, yang menyertai Tampines Rovers pada penghujung musim lalu, tidak mempunyai perasaan buruk terhadap bekas kelabnya Lion City Sailors.

“Bagi saya, tiada perasaan dendam dalam bola sepak. Saya meninggalkan Sailors dengan keadaan baik dan mempunyai persetujuan bersama dengan kelab itu,” kata Faris.

Daripada berasa berdendam, beliau lebih lega apabila menamatkan kemarau golnya yang berlarutan kepada enam perlawanan berturut-turut.

Faris menambah: “Saya hanya mahu menjaringkan gol. Saya telah terlepas peluang baik dalam perlawanan sebelumnya, tetapi dalam latihan, kami berlatih menjaringkan gol dengan semua pemain dan itu banyak membantu.”

Penyerang Sailors, Abdul Rasaq, mempunyai peluang untuk membuka tirai perlawanan pada minit ke-20 tetapi rembatannya ditepis oleh penjaga gol Tampines, Syazwan Buhari.

Kemudian, Sailors menyangka mereka telah mendahului pada minit ke-39, tetapi gol Rasaq dinilai ofsaid selepas beliau menendang masuk hantaran lintang Lestienne.

Faris akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-58, merebut bola daripada Hafiz Nor sebelum percubaanya membolos gawang penjaga gol Sailors, Zharfan Rohaizad.

Tetapi enam minit kemudian, kapten Tampines, Yasir Hanapi, dilayangkan kad merah selepas melakukan kesalahan kedua, memberi Sailors peluang untuk menyamakan kedudukan.

Selain itu, pemain tengah Diego Lopes hampir memberi kemenangan untuk Sailors dalam masa tambahan, namun rembatan kencangnya ditepis Syazwan.

Walaupun hampa dengan keciciran mata, jurulatih Tampines, Gavin Lee, berkata: “Tetapi memandangkan cara kami menamatkan perlawanan, ia adalah persembahan yang baik dari kami.”

Bagi jurulatih Sailors, Risto Vidakovic, para pemain berjuang keras dan “mengikut semua arahan”.

“Tampines bermain bola sepak yang bagus dan saya fikir anak murid saya bermain dengan baik,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >