Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelab Tengah FC pasukan baru bertanding dalam SPL

Feb 19, 2024 | 05:18 PM



Liga Perdana Singapura (SPL) akan merangkumi 10 pasukan sekali lagi selepas Kelab Bola Sepak Tengah mengumumkan mereka telah menerima kelulusan awal daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk bertanding dalam SPL bagi musim 2024/2025 akan datang.

“Kami gembira mengumumkan bahawa Tengah FC sedang membuat persiapan untuk musim hebat yang akan datang.

“Kami dengan bangga mengumumkan bahawa kami menerima kelulusan awal daripada FAS untuk bersaing dalam musim SPL 2024/2025,” menurut hantaran di Facebook Tengah FC pada 17 Februari.

Ketika dihubungi Berita Harian, FAS berkata mereka akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat.


Tengah FC dibentuk pada 2017, dan usaha mereka untuk menjadi pasukan SPL diketuai Presiden Kelab mereka, Encik Louis Amalorpavanathan.

Encik Amalorpavanathan, juga merupakan pengarah urusan firma keselamatan, Acestes Pte Ltd.

Beliau merupakan bekas pemain bola sepak, sebagai penyerang pasukan atau kelab seperti Jurong Town, Tyrwhitt Soccerites, Wellington FC dan Safsa di Liga Perdana FAS dan Liga Bola Sepak Kebangsaan pada 1980-an hingga awal 1990-an.

Menurut laporan, The Straits Times, beliau memulakan kelab itu kerana pernah berlatih bersama belia berisiko dari pusat pemulihan Teen Challenge di Old Choa Chu Kang Road dan ingin “memperkasa belia melalui sukan”.


Pada 2023, Tengah FC beraksi dalam Liga Seluruh Pulau (IWL).

IWL merupakan liga tahap keempat Singapura, selepas SPL, Liga Bola Sepak Singapura (SFL), Divisyen 1 dan 2.

Namun mereka tidak selalunya dikenali sebagai Tengah FC.

Pada 2017, mereka dikenali sebagai Kallang Sportif Huskies FC dan kemudian menukar nama kepada Woodlands United sebelum akhirnya dikenali sebagai Tengah FC.

Dalam perlawanan liga akhir mereka, Tengah kalah 2-1 kepada Bedok South Avenue SC pada peringkat akhir IWL tetapi kededua pasukan mara ke SFL Divisyen 2.

Menurut Encik Amalorpavanathan, Tengah FC sudah mempunyai jumlah penyokong yang cukup besar, dengan beberapa ratus orang yang menghadiri perlawanan IWL mereka di St Wilfred dan Jalan Besar pada 2023.

“Kami bukan hanya mahu mempertingkatkan pemain bola sepak hebat untuk pasukan kebangsaan dan menyumbang kepada kejayaan Singapura di peringat antarabangsa, kami juga mahu menghasilkan peluang pekerjaan dalam masyarakat kami di bahagian barat Singapura, di mana kami berada dan ingin mengeratkan hubungan masyarakat ini,” kata Encik Amalorpavanathan.

“Saya rasa inilah masanya untuk pasukan yang baru mencetuskan keghairahan baru dan Tengah FC boleh lakukannya,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >