Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kemenangan Liverpool beri harapan dapat kejar Man City

Jan 25, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Juergen Klopp berkata beliau berasa lega kerana pasukannya masih bersaing bagi kejuaraan Liga Perdana England (EPL) di penghujung bulan ini, walaupun terpaksa mengharungi tempoh itu tanpa beberapa tonggak pasukan.



Kelmarin, Liverpool menundukkan Crystal Palace 3-1 di Selhurst Park walaupun beraksi tanpa tiga pemain utama - Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita - yang mewakili negara masing-masing di Piala Negara-Negara Afrika.



Klopp berkata: "Jelas sekali berdasarkan sejarah, Januari adalah bulan yang sukar bagi kami.



"Kami beraksi tanpa tiga pemain dari Afrika dan beberapa lagi pemain juga tiada akibat kecederaan, jadi kami mempunyai kumpulan pemain yang lebih kecil untuk diturunkan, tetapi kumpulan pemain yang ada ini telah beraksi dengan baik sekali.



Menambah, Klopp berkata tiga mata yang diraih itu adalah begitu besar maknanya tetapi enggan mengulas lebih lanjut apabila ditanya wartawan sama ada ini bermakna Liverpool kembali bersaing dengan City bagi kejuaraan liga.



Tiga mata yang dikutip oleh Liverpool itu bermakna pasukan Klopp kini hanya berada sembilan mata di belakang City yang telah beraksi lebih satu perlawanan.



Ini selepas City tercicir dua mata apabila diikat 1-1 oleh Southampton.



Liverpool dijangka turun menentang City pada April nanti.



Justeru, Klopp berkata beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai persaingan antara kelabnya dengan City.



"Jarak terlalu jauh untuk bercakap mengenainya... kami tidak perlu heboh dan sentiasa bercakap tentangnya.



"Buat masa ini, kami hanya perlu memenangi perlawanan kami... itu sahaja," kata Klopp.



"Kita akan lihat apa yang berlaku dalam beberapa bulan nanti."



Liverpool dijangka dapat menurunkan pasukan terkuat apabila Mane dan Salah kembali beraksi dalam perlawanan seterusnya mulai 11 Februari nanti.



Mengulas mengenai permainan Liverpool dalam perlawanan di Selhurst Park, Klopp berkata:



"Ia seperti turun naik... sekilas kami beraksi dengan cemerlang dan sekilas jelas di bawah kemampuan kami.



"Ini satu hakikat permainan... dan kami hanya boleh menanam tekad untuk berusaha lebih gigih," jelas Klopp - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >