Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Klopp tidak setuju Liga Super

Bertekad kekal di Anfield
Apr 21, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Jurgen Klopp bertekad untuk kekal sebagai pengurus Liverpool dan "membantu memulihkannya" setelah menegaskan sekali lagi tentangannya terhadap Liga Super Eropah (ESL).



Pasukan The Reds itu merupakan antara 12 kelab yang bersetuju untuk menyertai liga kelab elit bola sepak Eropah.



Pada 2019, Klopp berkata beliau berharap Liga Super tersebut tidak akan diteruskan dan malah mengesahkan lagi pendapatnya itu sebelum perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Leeds United awal pagi semalam yang berkesudahan seri 1-1.



"Saya mendengar khabar angin bahawa saya akan meletak jawatan. Dalam masa yang sukar ini, ia membuat saya lebih ingin untuk kekal di sini," katanya selepas perlawanan.



Naib kapten Liverpool, James Milner, pula meluahkan perasaannya terhadap pertandingan baru itu - yang mengancam akan menimbulkan pecah-belah dalam sukan bola sepak.



"Saya tidak suka padanya dan berharap ia tidak akan berlaku," kata beliau kepada BBC Sport.



"Sistem sedia ada terbukti berkesan sekian lama. Apa yang menjadikannya istimewa, apa yang telah kita lakukan sejak beberapa tahun yang lalu, adalah kita bertarung untuk mendapatkan hak beraksi dalam Liga Juara-Juara dan EPL. Produk yang kita ada ini sangat baik.



"Ia sangat sukar. Melangkah masuk ke padang untuk perlawanan ini, peminat Leeds telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.



"Sebagai pemain, kita tidak mempunyai suara, jadi kami merasakan ia sungguh tidak adil."



Pemain Leeds memakai kemeja-T bertuliskan 'Earn it' (Perolehinya) di sebelah logo Liga Juara-Juara dan 'Football is for the fans' (Bola sepak adalah untuk para peminat) sewaktu sesi 'warm up' sebelum perlawanan.



Di samping itu, mereka juga telah meletakkan baju itu di bilik persalinan Liverpool sekiranya mereka ingin menyertai tunjuk perasaan itu.



Namun tindakan tersebut malah mendapat tentangan dari Klopp.



"Kami tidak terlibat dalam hal ini. Kami adalah pasukan Liverpool dan kami sering memakai jersi ini dengan bangga," tegas Klopp.



"Ada pihak yang telah membuat keputusan dengan pemilik dunia bola sepak ini yang kita tidak tahu sebab mengapa ia dilakukan.



"Kami di sini, kami merupakan lambang kelab ini dan kami dicaci seolah-olah kami yang membuat keputusan itu.



"Saya tidak suka kepada pertandingan ini juga, tetapi saya tidak bercakap tentang kelab lain."



Peminat dari beberapa kelab menyertai satu tunjuk perasaan di luar Elland Road - termasuk membakar jersi Liverpool - sementara peminat Reds mempamerkan sepanduk yang menentang penyertaan kelab dalam ESL di Anfield.



Sebuah pesawat turut diterbang di stadium pasukan tuan rumah dengan sepanduk yang tertera 'Tidak kepada Liga Super'.



Presiden Uefa, Aleksander Ceferin, berkata kelab dan pemain yang terlibat dalam ESL mungkin akan dilarang dari pertandingan Uefa dan Piala Dunia.



Beliau turut berkata bahawa ESL merupakan satu rancangan yang "memalukan dan mementingkan diri sendiri" serta ia juga "satu sindiran terhadap peminat bola sepak".



Selain Liverpool, Arsenal, Chelsea, Manchester City, Manchester United dan Tottenham merupakan kelab EPL yang bersetuju untuk menyertai ESL yang turut termasuk AC Milan, Inter Milan dan Juventus dari Serie A Italy serta Atletico Madrid, Barcelona dan Real Madrid dari La Liga Sepanyol.



Kelmarin, Ceferin yang menjadi Presiden Uefa sejak 2016, telah memberikan lampu hijau terhadap rancangan baru Liga Juara-Juara yang kini akan menampilkan 36 kelab.



Namun begitu, beliau tegas meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap projek ESL itu.



"Kami semua bersatu menentang projek ini," katanya.



"Saya berharap semua orang bersatu menentang cadangan memalukan dan mementingkan diri ini, yang didorong oleh rasa tamak.



"Ia satu rancangan yang sinis, dan ia bertentangan dengan prinsip sebenar sukan bola sepak. Kita tidak mampu untuk mengubahnya.



"Kami menggesa semua orang untuk berdiri tegak bersama kami ketika kami melakukan sedaya upaya untuk memastikan ini tidak akan membuahkan hasil.



"Idea ini merupakan satu tamparan kepada semua pencinta bola sepak. Kami tidak akan membiarkan mereka merampasnya dari kami." - Agensi berita




"Saya tidak suka padanya (Liga Super) dan berharap ia tidak akan berlaku.

Sistem sedia ada terbukti berkesan sekian lama. Apa yang menjadikannya istimewa, apa yang telah kita lakukan sejak beberapa tahun yang lalu, adalah kita bertarung untuk mendapatkan hak beraksi dalam Liga Juara-Juara dan EPL. Produk yang kita ada ini sangat baik.''

- Naib kapten Liverpool, James Milner




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >