Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Legenda bola sepak tempatan sertai acara kumpul dana bagi bekas pesalah

Apr 29, 2024 | 03:48 PM



Legenda bola sepak tempatan, Fandi Ahmad dan K Kannan sertai lebih 100 anggota masyarakat undang-undang daripada Akademi Undang-Undang Singapura (SAL) dalam pertandingan futsal anjuran SAL, Piala CJ pada 27 April.

Pertandingan itu merupakan acara mengumpul dana tahunan anjuran SAL dengan tujuan menyokong pendidikan dan pemulihan bekas pesalah dan keluarga mereka.

Terdapat 23 pasukan yang menyertai pertandingan itu, jumlah pasukan terbanyak sejauh ini, bersama peserta daripada firma guaman tempatan dan asing, pembekal khidmat undang-undang Singapura, pelajar undang-undang dan penerima manfaat daripada Dana Reben Kuning (YRF) dan Persatuan Penjagaan Lanjut Singapura (Saca) juga turut serta pertandingan itu.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, turut menyertai pertandingan itu bersama wakil dari penerima manfaat YRE dan Saca.

Bagi 2024, lebih $180,000 dapat dikumpul, jumlah terbanyak mereka sejauh ini. Sebanyak $710,000 telah dikumpul sejak acara itu dimulakan 11 tahun lalu.

WongPartnership LLP muncul sebagai juara Piala CJ pada 2024.

Dana yang dikumpul akan digunakan untuk menyokong bekas pesalah yang memerlukan pertolongan kewangan dalam mencari latihan vokasional dan kemahiran yang ditawarkan di bawah Dermasiswa Bantuan Latihan Kemahiran SAL-YRF untuk Bangkit Semula (“STAR”).

Dana itu juga akan digunakan untuk perkhidmatan pendamping bagi mereka yang dipenjarakan serta keluarga mereka di bawah Program Sukarelawan Selepas Penjagaan Saca.

Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SAL dan juga Kaunsel Kanan di TMSP Law, Encik Thio Shen Yi, menekankan pentingnya acara mengumpul dana seperti ini.


“Perjalanan pemulihan bukan sesuatu perjalanan yang mudah dan ia memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak.

“Inilah sebabnya kami memperluas jumlah penerima manfaat program CSR kami kepada program Sukarelawan Selepas Penjagaan Saca,” kata beliau.

“Kami juga menyambut usaha YRF menggalak kejayaan melalui Dermasiswa STAR demi pendidikan tinggi dan latihan vokasional.

Pengerusi Jawatankuasa Dermasiswa STAR YRF, Encik Matthew Wee, juga berterima kasih berkaitan bantuan yang telah dihulurkan SAL.

“Kami sangat berterima kasih kepada SAL atas sokongan yang mereka berikan untuk lebih 10 tahun.

“Sejak 2013, SAL menyokong Projek Reben Kuning dengan menggerakkan anggota mereka untuk memberi peluang kedua dan membangkitkan semangat mereka yang berada di dalam penjara dan bekas pesalah,” kata Encik Wee.

Pengerusi Saca, Encik Jeffrey Beh, juga menggalak semua orang memainkan peranan mereka dalam menolong bekas pesalah ini kembali semula kepada masyarakat.

“Lebih daripada memberi peluang untuk sukarelawan membantu dan menjaga penerima manfaat dan keluarganya, ia juga menyampai mesej penting tentang kepentingan anggota masyarakat untuk melibatkan diri dan menerima bekas pesalah kembali ke dalam masyarakat,” kata beliau.

“Ia juga menegaskan semula bahawa usaha yang kami lakukan ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan pihak lain – setiap orang mempunyai peranan dalam perjalanan pemulihan bekas pesalah ini,” tambah Encik Jeffrey.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >