Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU - CHELSEA LWN TOTTENHAM HOTSPUR

Dua-dua tak mahu kalah

Dua kelab gergasi London, Chelsea dan Tottenham Hotspur bakal bertembung malam ini dengan kedua-duanya ingin teruskan rentak kemenangan mereka di musim baru ini.
Aug 14, 2022 | 06:05 AM



Chelsea



CHELSEA telah mulakan kempen Liga Perdana England (EPL) mereka dengan kemenangan apabila menewaskan Everton 1-0 hasil sepakan penalti Jorginho di Goodison Park minggu lalu, manakala Spurs pula turut mencatatkan kemenangan lumayan 4-1 menentang Southampton di stadium sendiri.



Meskipun begitu, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, pernah berkata sebelum ini Chelsea belum bersedia mengharung musim baru selepas jelajah pra-musim yang hambar di Amerika Syarikat dua minggu lalu - termasuk dibelasah 0-4 di tangan musuh ketat Arsenal.



Kini, skuad dari Stamford Bridge itu mula mendapat rentak selepas Marc Cucurella dan Carney Chukwuemeka muncul menyertai para pemain baru Chelsea - Raheem Sterling dan Kalidou Koulibaly.



Sterling, Koulibaly dan Cucurella membuat penampilan sulung mereka menyarung jersi Chelsea yang menamatkan empat kekalahan di Goodison Park.



"Kami bertungkus lumus untuk mendapat mata di sini musim lalu dan kami memperolehinya sekarang. Kemenangan tetap kemenangan, itu yang paling utama, tetapi kami perlu beraksi lebih baik.



"Kami mungkin bukan pada tahap yang terbaik. Kami membawa masuk pemain tetapi mereka lewat tiba, prestasi pra-musim kurang memberangsangkan tetapi minggu terakhir latihan kelihatan ada perubahan," kata Tuchel.



Namun, Tuchel gembira dengan deretan pemain di Chelsea.



"Kami sangat gembira mempunyai pemain seperti Azpi, Thiago dan Kalidou, tetapi juga penting bahawa kami mempunyai generasi akan datang yang akan mengambil alih daripada mereka pada tahun-tahun akan datang



"Bola sepak sangat fizikal dan sangat mencabar, ini adalah kenyataan, jadi kami memerlukan pemain lain untuk mendapat giliran bermain.



"Secara umumnya, kami mempunyai tiga pemain belakang, penjaga gol (Edouard Mendy) dan dua pemain nombor enam iaitu Jorginho dan Ngolo Kante dimana semua berusia melebihi 30 tahun.



"Begitulah keadaannya, walaupun kami sangat gembira dengan kehadiran mereka, kami juga perlu mempertimbangkan masa depan," kata bos asal Jerman itu.




Spurs



BAGI Conte, beliau menyifatkan kemenangan perlawanan pembukaan 4-1 menentang Southampton (The Saints) sebagai 'permulaan sempurna' untuk membuka tirai musim baru EPL.



Conte yang mengambil alih jawatan pengurus pada November lalu dan mengubah prestasi kelab London itu berjaya memastikan kedudukan di tangga keempat.



Beberapa pemain handal berjaya dibeli dan ini meningkatkan jangkaan menjelang kempen baru dan Tottenham memberi respon dengan prestasi memberangsangkan.



Ryan Sessegnon, Eric Dier dan Dejan Kulusevski semuanya berjaya menemui sasaran dalam perlawanan menentang The Saints itu.



Conte jelas lebih berpuas hati dengan fokus permainan pasukannya berbanding kemenangan besar itu.



"Ia adalah permulaan yang sempurna untuk kami, walaupun ketinggalan pada awalnya.



"Kami melepaskan satu gol tetapi selepas itu kami terus mengawal permainan dan terus yakin dengan apa yang kami lakukan dalam sesi latihan.



"Saya puas hati dengan corak permainan yang mencapai keputusan seperti ini tetapi yang paling utama ialah kemenangan dicapai dengan mencipta banyak peluang menjaringkan gol.



"Kami bertindak dengan baik apabila kami kehilangan bola dan berjaya fokus untuk cuba dapatkannya semula. Saya melihat banyak perkara positif," kata Conte.




BUTIRAN PERLAWANAN DERBI LONDON



Kali terakhir Chelsea dan Spurs bertarung adalah pada Jun lalu apabila gol Hakim Ziyech dan Thiago Silva berjaya membolosi gawang Spurs.



Dalam sejarah perlawanan di EPL, Chelsea menang 33 kali manakala Spurs pula menang 7 kali dalam 60 pertemuan.



Meskipun Chelsea tanpa penyerang utama apabila Lukaku dipinjamkan kembali ke Inter Milan dan Timo Werner telah berpindah kembali ke RB Leipzig, mereka akan bergantung kepada kepantasan Raheem Sterling, Kai Havertz dan Mason Mount di barisan depan.



Tottenham pula akan bergantung kepada penyerang utama Harry Kane untuk menjadi ancaman hebat bagi serangan mereka. Harry Kane menjaringkan 17 gol pada musim lalu.




"Kami mungkin bukan pada tahap yang terbaik. Kami membawa masuk pemain tetapi mereka lewat tiba, pra-musim kurang memberangsangkan tetapi minggu terakhir latihan ada perubahan.''
- Thomas Tuchel (kiri)




"Kami melepaskan satu gol tetapi selepas itu kami terus mengawal permainan dan terus yakin dengan apa yang kami lakukan dalam sesi latihan.

... tetapi yang paling utama ialah kemenangan dicapai dengan mencipta banyak peluang menjaringkan gol.

- Antonio Conte (kanan)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >