Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool tertekan, perlu fokus untuk juarai liga

Klopp: Kami akan berusaha sepenuhnya untuk menang mahkota EPL
Apr 19, 2024 | 01:11 PM



LIVERPOOL: Dua minggu adalah masa yang panjang dalam dunia bola sepak.


Menjelang hujung minggu sebelum perlawanan menentang Manchester United di OId Trafford pada 7 April, Liverpool mendahului Liga Perdana England (EPL) dengan dua mata.

Perlawanan suku akhir Liga Eropah menentang Atalanta dan kemungkinan menentang Marseille atau Benfica dalam separuh akhir kelihatan tidak terlalu sukar.

Ia bermakna Liverpool mempunyai berpeluang mendapat ‘treble’ – tiga piala dalam satu musim – pada musim terakhir Jurgen Klopp sebagai pengurus.

Tetapi 12 hari selepas 7 April, Liverpool kini di tangga ketiga EPL, dua mata di belakang pendahulu Manchester City, selepas mereka seri 2-2 dengan Manchester United dan kemudian tewas 0-1 kepada Crystal Palace.

Kelab England itu juga tersingkir daripada Liga Europa selepas ditewaskan kelab Italy Atalanta 1-3 secara agregat.

Liverpool telah memenangi Piala Carabao musim ini, dan trofi lain yang mampu dimenanginya ialah kejuaraan EPL. Jika mereka berjaya, ia akan merupakan kejuaraan EPL kedua buat Klopp sebelum jurulatih Jerman itu mengucapkan selamat tinggal pada 19 Mei.

Bekas pemain tengah Liverpool, Don Hutchinson, berkata dalam saluran televisyen suka, TNT Sports:


“Ia (keputusan yang mengecewakan) membebani mereka – saya melihat sebuah pasukan yang bermain di bawah tekanan.

“Mereka adalah pasukan yang tertekan kerana mereka cuba menamatkan musim ini dengan baik disebabkan pemergian Jurgen Klopp.”

Sejak pengumuman Klopp pada 26 Januari bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai pengurus Liverpool, pemainnya telah memenangi Piala Carabao dan meraih 22 daripada 27 mata yang boleh didapatkan dalam EPL.

Namun, mereka tersingkir daripada Piala FA.

Ketika menentang Atalanta pada perlawanan kedua suku akhir Liga Europa, gol sepakan penalti oleh bintang Mesir, Mohamed Salah, pada minit ketujuh memberi Liverpool harapan menterbalikkan defisit 3-0 pada perlawanan pertama di Italy, tetapi mereka gagal memanfaatkan dan membina sebarang momentum.

Mereka hanya melakukan dua percubaan pada separuh masa kedua, dan kini gagal menjaringkan gol daripada permainan terbuka selama 360 minit dalam semua pertandingan.

Bekas penyerang Liverpool, Peter Crouch, berkata: “Saya tidak fikir mereka mempunyai pelan untuk melepasi benteng pertahanan Atalanta.

“Saya rasa mereka tidak mempunyai keyakinan diri atau daya kreatif yang cukup. Ia mengecewakan.”

Pemain Liverpool melakukan 15 percubaan pada separuh masa pertama dalam perlawanan seri 2-2 menentang United serta 26 percubaan dalam kekalahan 0-1 kepada Crystal Palace.

Namun, mereka gagal menjaringkan lebih banyak gol kerana gagal memanfaatkan peluang.

Ditanya apakah musim kemarau mereka kini membimbangkan, bekas pemain tengah Liverpool, Gary McAllister, berkata:

“Sudah tentu, tetapi mereka mencipta peluang menjaringkan gol. Jika anda terus terlepas peluang keemasan, anda akan menghadapi kesannya dan itulah yang berlaku baru-baru ini.”

Liverpool bertandang ke Fulham dalam EPL pada 21 April, sebelum menentang Everton dan West Ham dalam sembilan hari akan datang.

Dua perlawanan pertama itu bakal berlangsung sebelum City beraksi semula dalam EPL, justeru Liverpool mungkin dapat kelebihan empat mata bagi membina sedikit tekanan di puncak tangga EPL.

Klopp berkata kepada TNT Sports: “Kami perlu fokus pada liga dan itulah yang kami akan lakukan mulai sekarang. Kami akan berusaha sepenuhnya (untuk liga).”


Kapten dan pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, menambah: “Kami telah melalui detik-detik sukar bersama-sama, jadi persembahan matang dan kebersamaan adalah kunci.

“Kami kini memerlukan semua orang untuk menghadapi detik-detik terakhir dalam liga. Mudah-mudahan penyokong kami akan terus berada di sisi kerana kami memerlukan mereka sekarang lebih daripada sebelumnya kerana semuanya masih boleh berlaku.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >