Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Nasib malang Newcastle berterusan di depan pemilik baru

Kedudukan pengurus Steve Bruce makin tertekan; Chelsea kekal di persada liga dengan Liverpool di tangga kedua
epl
Oct 19, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Newcastle United, Steve Bruce, berkata beliau akan terus menjalankan tugas sebaik yang dimampu selepas perlawanan pertama di bawah pemilik baru berakhir dengan kekalahan.



Meskipun mendahului perlawanan seawal minit kedua, Newcastle tewas 2-3 kepada Tottenham Hotspur di padang sendiri, menambah tekanan ke atas Bruce yang sebelum perlawanan ini terpaksa menepis cadangan beliau akan dipecat pemilik baru kelab.



Disaksikan oleh pengerusi bukan eksekutif baru kelab Yasir Al-Rumayyan dan pemilik bersama Amanda Staveley, Newcastle memulakan perlawanan itu dengan bertenaga dan membuka tirai jaringan selepas hanya dua minit menerusi Callum Wilson.



Gol itu disambut dengan penuh girang oleh penyokong Newcastle dan meneruskan suasana meriah yang tercetus lama sebelum wisel pertama.



Ia juga mungkin memberi sedikit harapan kepada Bruce, yang pada perlawanan ke-1,000 sebagai pengurus, sedang terkial-kial untuk mempertahankan jawatannya di Newcastle.



Namun, kekurangan Newcastle sepanjang musim - ia belum lagi memenangi sebarang perlawanan sejak musim bermula - didedahkan oleh Spurs yang menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit.



Pertama, Tanguy Ndombele menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang dengan kaki kanannya, sebelum Harry Kane menjaringkan gol pertama musim ini lima minit kemudian.



Menyusuli itu, permainan terpaksa ditangguhkan apabila seorang penonton di stadium mengalami masalah perubatan.



Beberapa penyokong lain, serta pemain di padang seperti Eric Dier dari Spurs bergegas memberitahu pengadil supaya memberhentikan permainan agar pakar perubatan dapat menghulurkan bantuan.



Permainan disambung semula dengan separuh masa pertama berbaki lima minit.



Namun masa itu mencukupi untuk Son Heung-min menjaringkan gol keempat peribadi musim ini dan yang ketiga bagi Spurs.



Spurs terus menguasai permainan dalam separuh masa kedua, dengan penyokong Newcastle mula mengherdik Bruce dan menggesa pemilik memecat beliau.



Bak sudah jatuh ditimpa tangga, Newcastle kehilangan seorang pemain pada minit ke-83, apabila Jonjo Shelvey dilayang kad kuning kedua kerana mengasari Sergio Reguilon.



Dier menjaringkan gol sendiri di penghujung perlawanan untuk menjadikan jaringan 2-3, tetapi Newcastle tidak berdaya menembusi benteng Spurs dan perlawanan berkesudahan dengan satu lagi kekalahan bagi Bruce dan pasukannya.



Ditanya sama ada beliau akan terus menguruskan Newcastle, Bruce berkata:



"Soalan itu adalah untuk orang lain putuskan. Keadaan adalah sukar sejak saya menyertai kelab ini dan saya sedar cabarannya.



"Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya terbaik mungkin. Pemilik kelab ini telah melayan saya dengan hormat sejak mereka menyertai kelab ini dan selagi saya tidak mendengar berita (saya dipecat) daripada mereka, saya akan meneruskan tugas."



Dalam pada itu, West Ham meloncak ke tangga ketujuh selepas menewaskan Everton di Goodison Park.



Angelo Ogbonna menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua, dalam perlawanan yang tandus kreativiti dan kurang peluang jaringan.



Chelsea mendahului liga dengan 19 mata, satu masa di atas pesaing terdekat Liverpool, selepas kededuanya memenangi perlawanan masing-masing di hujung minggu.



Juara bertahan Manchester City menduduki tangga ketiga, sementara Manchester United jatuh ke tangga keenam selepas tewas 2-4 kepada Leicester. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >