Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Newcastle beli penjaga gol Burnley, Nick Pope

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Newcastle United telah mendapatkan tandatangan penjaga gol Nick Pope dari Burnley untuk kontrak empat tahun, menurut kelab itu kelmarin.



Newcastle dilaporkan membayar £10 juta ($17 juta) untuk penjaga gol berusia 30 tahun itu yang masih mempunyai baki satu tahun pada kontraknya dengan Burnley.



Pope, yang menyertai Burnley pada 2016 telah membuat 36 penampilan Liga Perdana England (EPL) dan mencapai 9 perlawanan tanpa dibolosi gol musim lalu namun tidak dapat membantu pasukannya daripada diturunkan ke Liga Championship selepas menduduki tempat ke-18.



"Nick merupakan penjaga gol Liga Perdana yang mengagumkan dan bertaraf antarabangsa, jadi saya berbesar hati menambah persaingan kepada satu posisi yang penting," kata pengurus Newcastle, Eddie Howe.



Pope, yang mewakili England lapan kali, akan bersaing dengan Martin Dubravka sebagai penjaga gol utama Newcastle.



Newcastle, menduduki tempat ke-11 musim lepas. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >