Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Newcastle mahu handal... tiru revolusi Man City

Oct 17, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Tiga mata menjadi rebutan apabila Newcastle United menjadi tuan rumah kepada Tottenham Hotspur malam ini, tetapi pertaruhannya melebihi kedudukan liga lebih baik bagi pasukan bergelar The Magpies itu.



Sejak kelab itu mengumumkan pemiliknya telah bertukar tangan minggu lalu, penyokong setia kelab dan pemerhati bola sepak telah mula meluahkan jangkaan jangka pendek dan bagi jangka panjang bagi kelab itu.



Satu persoalan yang kerap diluahkan adalah sama ada kelab itu boleh menyaingi kejayaan yang dikecapi Manchester City, yang telah menjalani revolusi untuk menjadi pasukan paling disegani di England selepas Abu Dhabi United Group menjadi pemiliknya pada 2008.



Minggu lalu, Dana Pelaburan Awam atau Public Investment Fund (PIF) yang berpangkalan di Arab Saudi menjadi pemiliki majoriti di kelab itu dengan 80 peratus bahagian, dalam perjanjian bernilai £300 juta ($550 juta).



Perjanjian itu menandakan permulaan baru bagi kelab dan akhirnya tempoh kepimpinan Mike Ashley yang dipersalahkan kerana kurang berwawasan dan terlampau kedekut untuk melabur membeli pemain dan mengatur pelan jangka panjang yang membolehkan kelab itu bersaing dengan kelab-kelab terbaik di England dan Eropah.



Malah, Amanda Staveley - ketua konsortium yang membeli Newcastle itu - telah membakar impian penyokong Newcastle dengan berkata pemilik baru bertekad untuk menjadikan kelab itu pesaing dalam Liga Juara-Juara Eropah.



Stavely berkata kelab itu menaruh impian untuk memenangi Liga Juara-Juara dalam tempoh lima hingga 10 tahun, tetapi menggesa penyokongnya bersabar.



"Kami juga mahu memenangi trofi. Namun memenangi trofi memerlukan pelaburan, masa, kesabaran dan kerjasama.



"Tentu sekali kami mahukan apa yang dimiliki oleh Manchester City dan Paris Saint-Germain. Itu sudah pasti. Tapi kami perlukan masa untuk mencapai matlamat itu," ujar Stavely.



Perjanjian untuk mengambil alih kepimpinan kelab itu hanya berlaku selepas konsortium yang dibentuk oleh PCP Capital Partners, RB Sports & Media dan PIF memberi pengesahan undang-undang kepada Liga Perdana England (EPL) PIF tidak bertindak bagi mewakili kerajaan Arab Saudi.



Namun, PIF tetap dipengerusikan Tengku Mahkot Saudi Mohammad Salman Abdulaziz Al Saud, yang juga dianggap sebagai pemerintah defakto Saudi.



LEBIH MAMPU UBAH KELAB?



Langkah konsortium PIF itu membeli Newcastle dianggap sebagai serupa dengan cara Manchester City oleh Abu Dhabi United Group pada 2008 dengan harga £265 juta, tetapi PIF jauh lebih kaya.



Aset yang dimiliki PIF sahaja dianggarkan £700 bilion, jauh lebih tinggi berbanding aset dimiliki Abu Dhab United Group pada 2008, iaitu £23 bilion.



Namun penyokong Newcastle harus belajar daripada pengalaman City dalam hal membeli pemain baru dan mengharapkan kejayaan serta-merta.



Pada musim yang sama, City membelanjakan harga rekod di Britain untuk membeli Robinho pada hari pindahan pemain terakhir dengan harga £34 juta. Sebelum itu, Robinho dilaporkan hampir menyertai Chelsea, tetapi dipengaruhi oleh wawasan dan wang yang dilontarkan ke arahnya oleh City.



Namun, City gagal mengumpan Dimitar Berbatov ke City, dan pemain itu akhirnya menyertai Manchester United.



Robinho memulakan kerjaya di City dengan cara yang mengghairahkan, tetapi mengakhiri kerjaya di sana dengan penuh kekecewaan, sehingga beliau dijual kepada AC Milan pada 2010, selepas menghabiskan tempoh pinjaman di Santos.



Menyusuli itu, City membeli Jo pula, juga warga Brazil, dengan harga £19.2 juta.



Namun Jo gagal di City dan hanya menjaringkan enam gol dalam 42 perlawanan sebelum dilepaskan.



Pemain Belanda, Nigel de Jong, juga menyertai City selepas itu, tetapi mengalami nasib lebih baik.



Beliau antara pemain tunggak pasukan yang memenangi kejuaraan EPL sulung bagi pasukan itu.



Selain pemain-pemain itu, City juga membeli pemain seperti Craig Bellamy (£12.4 juta), Wayne Bridge (£10.4 juta), Shaun Wright-Phillips (£9 juta), Shay Given (£7.2 juta), Pablo Zabaleta (£7 juta), Vincent Kompany (£6.8 juta) dan Tal Ben Haim (£5.1 juta) untuk membelanjakan £123.5 juta dalam musim panas pertama di bawah pemiliki baru.



Tiga tahun dan selepas pelaburan ratusan juta paun, City akhirnya memenangi kejayaan pertama di bawah pemilik baru pada Mei 2011, apabila ia menewaskan Stoke City untuk memenangi Piala FA.



Ia juga melayakkan diri ke Liga Juara-Juara pada minggu yang sama dan memenangi trofi EPL yang sulung menyusuli itu.



PENGURUS BARU, STRATEGI BARU?



City, yang menamatkan musim 2008/09 di tangga ke-10 mengekalkan khidmat Mark Hughes bagi musim selanjutnya.



Namun pemilik City hilang sabar dan memecat Hughes selepas 11 perlawanan liga, dengan City menduduki tangga keenam.



Beliau digantikan oleh Roberto Mancini, yang selepas itu memenangi beberapa trofi dengan City.



Di Newcastle musim ini, Steve Bruce mungkin tidak akan diberikan lebih banyak masa untuk merawat kedudukan kelab dalam liga.



Difahami, Bruce akan dipecat pada hujung minggu ini, tanpa mengambil kira sama ada beliau menang atau tidak ke atas Spurs malam ini.



Rekod Bruce pada musim ini mengecewakan.



Newcastle kini berada di tangga ke-19 dalam liga, tanpa sebarang kemenangan selepas tujuh perlawanan.



Namun, kini kelab itu mempunyai impian lebih tinggi, dan sekurang-kurangnya, pada jangka pendek, ingin mencapai semula kejayaan pada awal tahun 1990-an.



Pasukan Newcastle bukan sahaja mengakhiri musim EPL 1993-94 di tangga ketiga - sejurus selepas ia naik dari divisyen lebih bawah - malah mengakhiri musim di kedudukan naib juara bagi dua musim sebelum tahun 2000-an.



Malangnya, nasib kelab merosot selepas itu dan Ashely mengambil alih kepimpinan selepas kelab itu mengakhiri dua musim berturut-turut di bahagian bawah EPL.



Dua musim selepas itu, Newcastle tersingkir ke divisyen lebih rendah, tetapi pengurus Chris Hughton berjaya membantunya bangkit dalam tempoh semusim.



Kelab itu mengakhiri musim 2011-12 di tangga kelima di bawah Alan Pardew, tetapi mula merosot sehingga tersingkir ke divisyen lebih rendah pada musim 2015-16.



Namun, sekali lagi kelab itu bangkit dan mendaki ke EPL, dengan pengurus Rafa Benitez menjamin kedudukan ke-10 pada musim 2016-17.



Namun masalah kewangan yang berterusan dan keengganan Ashley untuk mengeluarkan wang untuk membeli pemain bermakna kelab itu terus bergelut untuk bersaing dengan pasukan lebih besar.



Akhirnya, Benitez meninggalkan kelab itu pada Jun 2019, selepas hanya diberikan £21 juta untuk membeli pemain.



Secara perbandingan, Bruce telah diberikan wang empat kali ganda untuk membeli pemain, tetapi manfaat pelaburan ini masih belum dilihat.



Keith Downie, seorang wartawan SkySports berkata kelab itu tidak dijangka mengubah dasar tersebut dengan serta-merta dan akan bersikap berjimat pada permulaan ini.



"Ada banyak perkara lain yang perlu diperbaiki di kelab ini, termasuk prasarananya, stadium dan akademi dan semua ini memerlukan pelaburan dan inilah yang saya jangka menjadi keutamaan Stavely dan pasukannya" ujar beliau, yang berkata antara keutamaan bagi pemilk baru adalah untuk mengekalkan status Newcastle sebagai kelab EPL.



"Mereka perlukan Newcastle dalam EPL. Tanpa EPL, perjanjian mereka ini mungkin tidak akan berlaku" ujar beliau lagi.



Newcastle belum lagi memenangi trofi domestik sejak menjulang Piala FA pada 1955 dan kemenangan kelab itu di Piala Fairs Eropah pada 1969 berlaku terlalu lama untuk diingati penyokong lebih muda.



Buat masa ini, Newcastle mempuyai kuasa berbelanja yang boleh membantu mereka memikat pemain terbaik di dunia ke St James' Park.



Namun Stavely berkata kelab itu akan berbelanja secara bertanggungjawab dan dengan mematuhi peratusan kewangan adil.



"Tentu sekali, kami membeli kelab ini dengan pandangan kami mahukan penyokong memenangi bersama trofi yang sekian lama diidamkan. Namun kami perlukan kerjasama semua pihak dan ini akan memakan masa.



"Pada masa ini, kami tidak akan memenangi EPL dalam masa terdekat dan dalam masa ini, kami akan memberi tumpuan kepada usaha membangun prasarana di setiap peringkat supaya kami boleh bersaing dan memenangi trofi di masa depan," ujar beliau lagi. - Agensi berita.




Sejak Newcastle mengumumkan pemiliknya telah bertukar tangan minggu lalu, penyokong setia dan pemerhati bola sepak telah mula meluahkan harapan dan jangkaan bagi kelab itu.

Satu persoalan adalah sama ada kelab itu boleh menyaingi kejayaan yang dikecapi Manchester City, yang telah menjalani revolusi untuk menjadi pasukan paling disegani di England selepas Abu Dhabi United Group menjadi pemiliknya pada 20
08.




IMPIAN DAN STRATEGI ERA BARU



"Kami juga mahu memenangi trofi. Namun memenangi trofi memerlukan pelaburan, masa, kesabaran dan kerjasama.

"Tentu sekali kami mahukan apa yang dimiliki oleh Manchester City dan Paris Saint- Germain. Itu sudah pasti. Tapi kami perlukan masa untuk mencapai matlamat itu.''

- Amanda Staveley, ketua konsortium yang membeli Newcastle. (Foto AFP)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >