Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Operasi 'jackpot' kelab tempatan disuruh henti akhir bulan

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



LIGA Perdana Singapura (SPL) telah memberitahu kelab-kelab supaya menghentikan operasi jackpot pada penghujung bulan ini.



Mereka diberitahu sedemikian pada 15 September lalu, menjelang tarikh peralihan SPL ke model pengurusan privet pada tahun depan.



Dalam laporannya, The Straits Times (ST) berkata mulai 2023, SPL akan dikendalikan di bawah projek Unleash The Roar! (UTW) yang dilancarkan pada tahun lalu dan telah menetapkan matlamat bagi pasukan bola sepak lelaki negara melayakkan diri ke Piala Dunia 2034.



Difahami, satu pengumuman rasmi akan dilakukan di masa depan.



Hasil yang diperolehi menerusi mesin jackpot telah menjadi aliran pendapatan utama bagi banyak kelab-kelab bola sepak sejak lebih dua dekad lalu, dengan sebahagian kelab mengendalikan mesi-mesin tersebut sejak 1996 - tahun di mana liga profesional dibentuk.



Lima daripada lapan kelab yang beraksi dalam SPL pada masa ini mengendalikan operasi jackpot.



Tiga kelab yang tidak mengendalikan operasi tersebut ialah pasukan pembangunan Young Lions, Lion City Sailors - kelab profesional privet pertama negara - dan Tanjong Pagar United.



Tanjong Pagar menyertai semula SPL pada 2020 selepas tidak beraksi selama lima musim dan ia tidak memperbaharui lesen jackpot sejak tahun sebelumnya.



Difahami, beberapa kelab kecewa kerana langkah yang diambil SPL itu hanya diberitahu mereka enam minggu sebelum operasi dihentikan.



Malah, satu kelab berkata ia telah membuat pelaburan enam angka untuk mempertingkat sistem operasi jackpot pada awal tahun ini, lapor ST. Sebahagian kelab lain juga akan terjejas dari segi kakitangan dan sewa tempat.



Dalam laporannya, ST berkata kelab-kelab telah diberitahu supaya berkongsi dengan Persatuan perbelanjaan yang dijangka bagi November dan Disember, dan jika wang rizab daripada pendapatan jackpot tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan menyediakan ganti rugi.



Satu sumber berkata jawatankuasa UTR mempunyai rancangan untuk menambah subsidi yang diberikan kepada kelab-kelab - sehingga 80-100 peratus bagi lima tahun akan datang.



Pendanaan yang ditambah ini bertujuan mempertingkat piawaian dan profil liga setempat dan menjadikannya lebih menarik bagi pelabur dalam jangka panjang.



Namun, apabila dihubungi, pegawai dari kelab-kelab yang terjejas berkata mereka enggan bercakap tentang perkara ini kerana ia adalah isu yang sensitif.



Kelab-kelab SPL mengendalikan operasi mengikut bajet antara $1.2 juta dengan $1.5 juta, dengan sekitar $800,000 diperolehi dalam bentuk subsidi Lembaga Tote dan bergantung pada beberapa syarat tertentu.



Perkembangan terkini berhubung operasi jackpot di kelab-kelab bola sepak ini telah dijangka sejak 2017, apabila Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengorak langkah untuk memperketat kawalan ke atasnya, menyusuli serbuan polis ke atas beberapa kelab bola sepak.



Buat masa ini, Hougang, Geylang International dan Albirex Niigata memiliki jumlah maksimum mesin jackpot yang dibenarkan, iaitu 15, sementara Tampines Rovers mempunyai 13 dan Balestier Khalsa mempunyai lapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >