Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan wanita SG kutip emas dalam Kejuaraan Tchoukball Asia Pasifik

Aug 07, 2022 | 07:23 PM



Pasukan wanita tchoukball Singapura mencapai sejarah di Johor Bahru hari ini (7 Ogos) selepas berjaya menundukkan pasukan Chinese Taipei 39-35 untuk meraih pingat emas pertama mereka dalam Kejuaraan Tchoukball Asia Pasifik.



Menurut kenyataan Persatuan Tchoukball Singapura (TBAS) hari ini, pasukan Republik belum pernah menewaskan pasukan hebat dunia dan juara Asia Pasifik sebelum ini, Chinese Taipei.



Kekalahan 35-50 dalam peringkat round-robin sebelum ini membayangkan seolah-olah pasukan Singapura sekali lagi akan muncul tempat kedua di Kompleks Sukan Educity Iskandar Puteri Johor.



Namun pertukaran taktik dan persembahan disiplin mengesahkan pasukan Singapura akan merentas semula sempadan untuk pulang ke tanahair berbekalkan kejuaraan Asia Pasifik.



Menurut kapten pasukan nasional wanita, Tan Irene:

"Ia satu perasaan hebat kerana kami dapat tewaskan juara lalu dan pasukan terbaik dunia.



"Sememangnya sudah menjadi sasaran jangka panjang kami untuk tundukkan Chinese Taipei dan kami bangga kerana dapat mencapainya. Penghargaan diberi kepada pasukan ini di atas persembahan yang meyakinkan."



Tan berkata pasukan itu menggunakan kekalahan semasa pusingan round-robin sebagai langkah menganalisa kekuatan dan kelemahan pasukan Chinese Taipei dan kemudian hasilkan pelan permainan untuk menundukkan pasukan lawan.



Menurut kakitangan awam berusia 31 tahun itu:



"Kami beri kejutan kepada pasukan lawan dengan menggunakan pendekatan berlainan semasa final.



"Kami tidak mahu tunjukkan terlalu banyak tentang diri kami dalam permainan awal jadi kami dapat berikan kejutan itu.



"Kami tahu  mereka mempunyai penyerang berbisa maka perancangan kami adalah untuk bermula dengan kuat, bukan terlalu mudah komit dalam permainan, tapi bertahan dengan baik, dan pastikan serangan kami membuahkan hasil."



Sementara itu pasukan tchoukball lelaki Singapura tidak dapat mengulangi kejayaan pasukan wanita negara apabila mereka ditundukkan pasukan lelaki Chinese Taipei dalam final, 73-48.



Presiden TBAS, Delane Lim, berkata:



"Memang seronok kalau dapat menang dua pingat emas namun memenangi kejuaraan Asia Pasifik merupakan pencapaian hebat.



"Ia hadiah ulang tahun dari kami buat Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >