Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pelayar Kimberly Lim, Cecilia Low catat tempat terbaik SG

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



PASANGAN pelayar Kimberly Lim dan Cecilia Low mencatat keputusan terbaik Singapura dalam sukan kapal layar di Sukan Olimpik, setelah menamatkan perlumbaan pingat 49er FX di tempat ke-10 di Pelabuhan Kapal Layar Enoshima pagi semalam, daripada 21 pesaing.



Lim, 25 tahun, dan Low, 30 tahun, sudah pun mencipta sejarah selepas menjadi pelayar pertama Singapura menempah tempat dalam perlumbaan pingat di temasya sukan itu.



Pasangan Brazil Martine Grael dan Kahena Kunzel menang pingat emas dengan 76 mata, diikuti pasangan Jerman Tina Lutz dan Susann Beucke (83 mata), dan Annemiek Bekkering dan Annetre Duetz dari Belanda (88 mata).



Lim dan Low, yang juga juara Sukan Asia, menamatkan perlumbaan dengan 117 mata.



"Menimbangkan apa berlaku sepanjang minggu dan bagaimana kami memulakan acara ini, kami sangat gembira dan sangat bangga dengan kempen lima tahun kami - sebenarnya lebih dari lima tahun.



"Sangat gembira mengenai hasil usaha kami di Sukan Olimpik, juga dengan hakikat ia penampilan sulung kami," kata Lim kepada media selepas perlumbaan semalam.



"Ia adalah minggu menakjubkan, kami hanya terus berusaha hingga ke akhir, terutama pada babak kedua acara."



Dalam perlawanan pingat semalam, pasangan itu menghuni tempat kelapan selepas pusingan pertama, di depan pasukan Britain dan Perancis.



Mereka kemudian berjaya naik ke kedudukan kelima pada pusingan kedua sebelum ketinggalan di tempat kesembilan pada pusingan ketiga dan hanya dapat menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.



Sebelum beraksi di perlumbaan semalam, pasangan itu menjuarai perlumbaan ke-11 daripada 12 perlumbaan pada Sabtu lalu.



Ia pencapaian pertama bagi sembarang pelayar Singapura di temasya sukan itu.



"Rasa istimewa. Saya rasa ia adalah sesuatu yang kami akan ingat dan simpan sampai bila-bila," kata Lim.



Keputusan itu membantu mereka menduduki tempat kesembilan secara keseluruhan selepas 12 perlumbaan untuk melayakkan diri ke perlumbaan pingat.



Matlamat ke perlumbaan pingat ditetapkan sebelum bersaing di Sukan Olimpik, kongsi Lim.



"Itu adalah matlamat kami - melangkah ke perlumbaan pingat. Kami tahu kami ada potensi melakukannya, kami tahu kami sudah cukup bersedia. Ia hanya sama ada kami dapat melaksanakannya," kata beliau.



Usaha pasangan itu berbaloi selepas mengharungi pelbagai cabaran, termasuk berjauhan dari keluarga sejak awal Januari untuk menjalani latihan di Portugal.



"Ada rasa kepuasan. Semua usaha yang kami lalukan, selama bertahun-tahun kami berjauhan... Saya rasa ia menunjukkan hasilnya" kata Lim.



"Saya sangat gembira kami dapat melihat hasilnya," ujar Low.



Di Sukan Olimpik London 2012, pelayar kapal Laser Singapura Colin Cheng menduduki tempat ke-15 daripada 49 bot untuk mencatat persembahan terbaik negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >