Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pemilik Everton tegaskan kelab itu tidak akan dijual

Jan 27, 2023 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Everton tidak akan dijual, walaupun ada penyokong yang membantah cara beliau mengendalikan kelab itu, kata pemiliknya, Farhad Moshiri.



Kebelakangan ini, sebahagian kumpulan penyokong telah menyuarakan rasa tidak puasa hati dan menggesa Moshiri dan lembaga pengarah Everton supaya meletak jawatan, dengan kelab itu terjerumus di tangga ke-19 dalam Liga Perdana England.



Kelab jiran dengan Liverpool di Merseyside itu hanya memenangi satu daripada 14 perlawanan terakhir dan memecat pengurus Frank Lampard pada awal minggu ini.



Moshiri berkata beliau turut merasakan keperitan yang dirasai oleh penyokong dan sedang melakukan apa yang boleh untuk memikat hati mereka sekali lagi.



Satu konsortium yang diketuai oleh bekas ketua eksekutif Manchester United dan Chelsea, Peter Kenyon, telah mengadakan rundingan untuk membeli Everton pada musim panas lalu.



Namun, kelab itu memilih untuk menghentikan rundingan selepas tempoh penjualan eksklusif berakhir pada Julai tahun lalu, dengan Moshiri memberitahu penyokong kelab itu beliau tidak berhasrat menjual kelab tersebut.



Namun, akhbar The Guardian di Britain telah melaporkan Moshiri telah meletakkan harga £500 juta ($812 juta) ke atas Everton dan kini terbuka menjual kelab itu, termasuk menjual sebahagian kelab itu sahaja.



Pengumuman itu, difahami telah menarik minat beberapa pihak.



Dalam wawancara dengan Lembaga Penasihat Penyokong Everton yang dirakam sebelum Everton tewas kepada West Ham pada minggu lalu, Moshiri berkata beliau sekadar berhasrat mendapatkan pendanaan tambahan untuk membina stadium baru di Bramley-Moore Dock.



"Kelab ini tidak akan dijual, tetapi saya telah berunding dengan beberapa pelabur utama, yang serba berkemampuan, untuk membantu dalam pembinaan stadium," kata Moshiri.



"Saya boleh melaksanakan perkara ini sendiri, tetapi saya ingin menarik lebih banyak pelabur sukan utama ke Everton dan kami kian hampir mengikat perjanjian.



"Saya tidak berniat langsung untuk menjual kelab ini dan hanya berhasrat untuk membawa masuk kepakaran dalam bidang tajaan di peringkat dunia dan pembangunan komersial.



"Banyak pelabur, yang berkecimpung dalam sukan, mempunyai kepakaran ini dan saya ingin mendapatkan kepakaran itu bagi Everton," ujarnya lagi.



Dalam pada itu, Moshiri, yang berdarah Britain-Iran, berkata beliau akan mengorak beberapa langkah yang wajar untuk membantu Everton bangkit dalam liga.



"Ini adalah tempoh paling genting dalam sejarah pasukan," kata Moshiri, yang mengambil alih sebagai pemilik Everton pada 2016.



"Saya telah menunjukkan pada satu masa dahulu yang saya tidak segan dan tidak gentar untuk memecat sesiapa sahaja, termasuk dari lembaga pengarah jika mereka tidak memberi sumbangan yang diingini.



"Namun, saya masih yakin dengan keupayaan lembaga pada masa ini," ujar beliau.



"Kami perlu bersikap berani... tapi kami juga perlu bertenang." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >