Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1) GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES

Peminat tidak sabar saksi aksi 'live'

Sep 29, 2022 | 05:30 AM



SAMA ada di luar mahupun di dalam litar Marina Bay, peminat Formula Satu di sini tidak sabar bertemu semula pemandu kegemaraan mereka dan menikmati suasana perlumbaan malam Grand Prix (GP) Singapura.



Perlumbaan tahunan itu kembali semula tahun ini, selepas terpaksa dibatalkan pada 2020 dan 2021 gara-gara pandemik Covid-19.



Edisi 2022 dijangka lebih gah dan bakal menyaksikan kehadiran pengunjung terbesarnya, iaitu melepasi rekod 268,000 peminat tempatan dan antarabangsa yang ke litarnya pada 2019.



Keghairahan itu dikongsi peminat F1, Encik Mohamed Nasri, 31 tahun, yang akan menonton perlumbaan kelayakan pada lusa ini.



Ini merupakan kali keempat artitek itu pergi menonton perlumbaan GP Singapura sejak edisi sulungnya pada 2008.



Kali terakhirnya adalah pada 2019 sebelum pandemik melanda.



Ditanya apa yang beliau menantikan pada hujung minggu ini, Encik Nasri memberitahu Berita Harian (BH):



"Suasananya! Sejujurnya, GP Singapura bukannya perlumbaan yang paling menarik sebab treknya sempit dan banyak selekoh kelajuan rendah. Secara amnya, tiada banyak aksi memotong pemandu lain.



"Oleh itu, dari segi perlumbaan, ia biasa-biasa sahaja tapi apabila anda berada di sana dan dapat menikmati suasananya, itulah yang menjadikannya pengalaman yang hebat."



Encik Nasri menambah bahawa GP Singapura bukan sekadar perlumbaan sahaja. "Ia seperti satu karnival besar dan F1 adalah sebahagian daripadanya. Ada konsert besar-besaran, pentas persembahan kecil, trak makanan dan kedai menjual barangan," ujar Encik Nasri, yang meminati pemandu Thai-Britain, Alex Albons, dari pasukan Williams Racing.



Selain aktiviti di dalam kawasan GP Singapura pada hujung minggu ini, pelbagai acara sampingan yang menampilkan pemandu juga sudah mula diadakan menjelang perlumbaan.



Warga Canada Nicholas Latifi, yang bakal meninggalkan Williams pada hujung musim ini, akan membuat penampilan di kedai 'pop-up' pasukannya di Suntec City, manakala pemandu Britain Lando Norris akan bertemu peminat di acara pemasangan kereta lego McLaren sepanjang Orchard Road.



Acara-acara sebegini menarik perhatian pencinta kereta lumba seperti Encik Muhammad Irfan, 35 tahun, yang menyokong Ferrari dan mengidolakan pemandu Jerman Sebastian Vettel dari Aston Martin, yang bakal bersara pada akhir musim 2022.



Encik Irfan pernah menghadiri perlumbaan GP Singapura sebanyak lapan kali sejak 2010 hingga 2017.



Tetapi, tahun ini, beliau memutuskan untuk memberi tiketnya kepada seorang rakan dan tidak menonton aksi perlumbaan secara langsung dari tepi litar.



Sebaliknya, beliau merancang untuk pergi "memburu pemandu" sepanjang minggu ini, untuk merebut peluang berjumpa dan bergambar bersama bintang-bintang F1. "Saya akan mengintai akaun Instagram pemandu serta pasukan dan halaman Facebook pasukan untuk butiran acara yang menampilkan pemandu...dan juga mungkin turun ke hotel di mana pasukan menginap," kata pengajar itu.




"Saya akan mengintai akaun Instagram pemandu serta pasukan dan halaman Facebook pasukan untuk butiran acara yang menampilkan pemandu...dan juga mungkin turun ke hotel di mana pasukan menginap.''
- Encik Muhammad Irfan.



"Sejujurnya, GP Singapura bukannya perlumbaan yang paling menarik sebab treknya sempit dan banyak selekoh kelajuan rendah. Secara amnya, tiada banyak aksi memotong pemandu lain.

Oleh itu, dari segi perlumbaan, ia biasa-biasa sahaja tapi apabila anda berada di sana dan dapat menikmati suasananya, itulah yang menjadikannya pengalaman yang hebat."

- Encik Mohamed Nasri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >