Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penampilan pendayung Joan Poh diiktiraf

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Pendayung Singapura Joan Poh menamatkan kempen sulungnya di Sukan Olimpik menduduki tempat ke-28 daripada 32 pesaing dalam acara sculls perseorangan wanita.



Poh, 30 tahun, meraih tempat keempat daripada enam pesaing di final E acara itu semalam.



Beliau mencatat masa 8:21.23.



Acara tersebut dimenangi Tala Abujbara dari Qatar dengan masa 8:00.22.



Poh, seorang jururawat di Hospital Tan Tock Seng, merupakan warga Singapura pertama untuk beraksi di edisi temasya sukan kali ini, ketika beliau bertanding dalam saringan acara ini pada Jumaat lalu.



Final pagi semalam adalah perlumbaan keempat beliau dalam acara tersebut di Sukan Olimpik Tokyo.



Presiden Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) dan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, yang kini berada di ibu kota Jepun untuk menghadiri temasya Tokyo 2020, memuji pengorbanan besar yang dilakukan Poh untuk bertanding di Sukan Olimpik, meskipun terlibat dalam pertarungan negara melawan pandemik Covid-19.



Tan, dalam satu pos yang dimuatnaik di Facebook beliau semalam, berkata:



"Joan membuat permulaan yang kuat dan ia memberi inspirasi apabila mendengar pengulas memuji Joan mengenai pertarungannya bertugas di barisan depan sebagai jururawat dan cabaran berlatih di tengah-tengah tugasnya kepada awam untuk melindungi kita semua.



"Kami bangga dengan Joan, bukan hanya dalam perlumbaan ini, tetapi secara keseluruhan dalam perlumbaannya dalam hidup!"



Poh merupakan salah seorang daripada 17 atlet dalam kontinjen Team Singapore di Tokyo untuk membuat penampilan sulung mereka di Sukan Olimpik.



Poh juga adalah pendayung kedua untuk mewakili Singapura di Sukan Olimpik selepas Saiyidah Aisyah di Rio 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >