Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penyertaan Hamilton ‘peluang besar’ bagi Ferrari

Feb 14, 2024 | 03:56 PM



BOLOGNA (Italy): Ia merupakan “peluang besar” bagi Ferrari untuk mencabar pasukan lain pada musim Formula 1 (F1) 2025 dengan penyertaan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, daripada pasukan Mercedes pada 2025.


Pengumuman mengejutkan pada awal Februari itu dibuat awal agar pasukan tersebut “tidak ada sebarang gangguan” bagi musim 2024, kata ketua Ferrari, Frederic Vasseur, semasa pelancaran kereta SF-24 F1 bagi Ferrari musim ini pada 13 Februari.

Beliau berkata kehadiran Hamilton “akan memberi cabaran yang baik untuk semua”.

“Kami ada hubungan yang baik selama lebih 20 tahun. Kami sentiasa kekal berhubungan dan hasilnya beliau memilih pasukan ini,” ujar Vasseur.

Beliau merupakan ketua pasukan Hamilton apabila pemandu F1 itu menjadi juara kategori junior GP2 pada 2006 sebelum melangkah ke F1.

“Kami sentiasa berhubungan dan ia datang seperti ini, langkah demi langkah.”

Hamilton bakal digandingkan dengan rakan sepasukan Charles Leclerc bagi musim 2025.

Leclerc berkata Ferrari telah memaklumkan kepadanya tentang perbincangan pasukan itu dengan Hamilton sebelum Hamilton mengikat perjanjian jangka panjang dengan Ferrari.

Leclerc, yang sudah menjadi rakan sepasukan Carlos Sainz sejak 2021, menjelaskan: “Tawaran seperti ini tidak dimuktamadkan semalaman.

“Ia mengambil masa dan saya sedia maklum tentang perbincangan itu sebelum saya menandatangani perjanjian saya jadi ia tidaklah sesuatu perkara yang mengejutkan.

“Selebihnya, saya tidak mahu beri komen sebagai tanda penghormatan kepada Carlos (Sainz).”

Beliau menambah bahawa Sainz dan dirinya menghabiskan beberapa tahun yang hebat sejak kebelakangan ini dan akan melakukan segala yang termampu bagi mencapai kejayaan.

“Lewis (Hamilton) adalah pemandu luar biasa, paling berjaya dalam sejarah F1 dengan banyak pengalaman yang akan dibawa ke dalam pasukan dan kepada saya.

“Adalah baik bahawa pasukan ini telus (mengenai Hamilton), tetapi ia tidak mengubah apa-apa buat saya,” ujar Leclerc.

Tambahnya, beliau dan Hamilton mempunyai hubungan baik selama beberapa tahun.

Beliau juga “telah mengadakan perbincangan (dengan Hamilton), terutama setelah semuanya diumumkan dan telah rasmi.

“Beliau (Hamilton) adalah juara yang hebat. Amat menarik untuk mempunyai rakan sepasukan baru dan anda dapat pelajari perkara baru, lebih-lebih lagi kerana beliau juara dunia tujuh kali,” katanya.

Sainz menjelaskan beliau kini sedang mencari pasukan baru bagi musim 2025 dan “terkejut sedikit” dengan pengumuman Ferrari.

Beliau berkata: “Saya mengetahui berita (pemindahan Hamilton) lebih awal daripada orang lain, tetapi ia perkara nyata.

“Saya mempunyai beberapa minggu untuk muhasabah diri dan beberapa minggu untuk mempersiapkan pelancaran kereta.

“Ini memberi saya sedikit masa untuk menerima apa yang berlaku dan memberi tumpuan kepada musim 2024.”

Namun demikian, penamatan perkhidmatannya dengan Ferrari pada hujung musim F1 tidak mengubah cita-cita mengecapi kejayaan pada 2024.

“Tekanan yang saya akan letakkan pada diri sendiri dan pasukan kekal sama – iaitu dahagakan kemenangan dan menjadi juara – tidak berubah disebabkan apa yang berlaku pada 2025.

“Hakikatnya bahawa saya tidak akan menjadi pemandu Ferrari pada 2025 tidak bermakna saya dan pasukan ini tidak mahu menjadi juara musim ini,” tambah Sainz. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >