Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN OLIMPIK TOKYO

Perenang artistik SG Debbie Soh, Miya Yong terlepas layak ke Tokyo

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



PERENANG artistik Singapura Debbie Soh dan Miya Yong terlepas melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo setelah menduduki tangga ke-14 dalam acara duet wanita di kejohanan kelayakan temasya sukan itu di Barcelona, Sepanyol, kelmarin.



Ini meskipun mereka mencapai sasaran mencapai keputusan terbaik peribadi 158.7998. Soh, 23 tahun, dan Yong, 20 tahun, juga mencatat persembahan terbaik peribadi dalam rutin teknikal duet mereka (79.3998).



Lapan tempat dipertaruh dalam pertandingan kelayakan itu. Tempat terakhir kelayakan jatuh kepada pasangan di kedudukan kesembilan dari Colombia, yang mencatat keputusan keseluruhan 166.0149.



Ini kerana pasangan Great Britain, yang menduduki tangga ketujuh, sudah pun menjamin tempat di Tokyo sebelum pertandingan kelayakan itu.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong semalam memuji usaha Soh dan Yong, mengatakan "saya sangat bangga akan mereka".



Menurut satu pos di Facebook Encik Tong semalam, mereka mengakhiri pertandingan kelayakan sebagai pasukan teratas Asia, "mengalahkan pasukan Korea, iaitu bukan sesuatu yang mudah".



Keputusan pasangan itu meletak mereka di tangga kelima secara keseluruhan di Asia - mengatasi kedudukan ketujuh di Sukan Asia 2018 - dan sekali gus bermakna mereka layak ke Sukan Asia tahun depan.



"Luar biasa, betapa fokus mereka. Bahkan semalam, ketika saya bertanya apa perasaan mereka, mereka hanya mengatakan 'Hari ini, kami berenang untuk diri kami, untuk Singapura dan untuk Julie', dalam mengenang Julie Sauve, jurulatih mereka yang meninggal dunia tahun lalu," kata Encik Tong.



Meskipun Soh dan Yong tidak melayakkan diri ke Sukan Olimpik, Encik Tong menyifatkan mereka sebagai "juara sejati dalam segala hal, dan inspirasi dan teladan luar biasa bagi kita".



Pasangan itu juga mencatat keputusan terbaik peribadi dalam rutin bebas duet di Super Final Siri Dunia Renang Artistik Fina, yang diadakan di samping pertandingan kelayakan Sukan Olimpik itu.



Mereka itu meraih keputusan 79.6668 untuk menghuni tempat ke-12.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >