Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Permulaan sempurna, tapi jurulatih Perancis enggan terlalu yakin

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



DUBLIN: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps enggan berkata pasukannya berada dalam kedudukan baik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir, walaupun setelah ia mengutip enam mata daripada dua perlawanan berturut-turut.



Pemain pertahanan, Benjamin Pavard, yang tidak menyarung jersi Perancis sejak Piala Dunia Qatar pada 2022, menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk membantu pasukannya menewaskan Ireland 1-0 dalam perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024.



Namun, penjaga gawang Perancis, Mike Maignan terpaksa menunjukkan ketangkasan dan menyelamatkan dua gol pasti untuk memastikan Ireland tidak menjaringkan gol dan merampas satu mata.



Bercakap kepada media di akhir perlawanan, Deschamps berkata:



"Enam mata... memang hebat pada saat ini. Saya ucapkan tahniah kepada pemain. Tapi perjalanan kami masih jauh lagi."



Sebaliknya, beliau memilih untuk memuji Pavard dan berkata pemain itu membantu Perancis memenangi perlawanan yang disaing sengit oleh Ireland itu.



"Sesiapa sahaja boleh bergelut menemui semula form yang hilang... tapi Pavard telah menunjukkan ia boleh dilakukan dan beliau kini berada dalam form yang baik," kata Deschamps.



Kemenangan ini bermakna Perancis telah memenangi kededua perlawanan pembukaan dalam peringkat kelayakan ini.



Ini menyusuli kemenangan 4-0 ke atas Belanda pada Jumaat lalu.



Pavard, yang mewakili Bayern Munich dalam Bundesliga, menjaringkan gol lima minit selepas waktu rehat, merebut peluang keemasan apabila bola melantun bebas ke arahnya dalam petak penalti.



Walau kalah, Ireland tetap boleh berbangga dengan cara ia bersaing dengan Perancis.



Pemain sayap Ireland, Chiedozie Ogbene berkata:



"Kita seharusnya berbangga kerana kita mampu bersaing dengan antara pasukan terhandal di dunia dan masa depan adalah cerah."



Deschamps membuat tiga perubahan kepada pasukan yang menewaskan Belanda, dengan Pavard menggantikan Jules Kounde, Eduardo Camavinga menggantikan Aurelien Tchouameni dan Olivier Giroud mengambil alih peranan Kingsley Coman.



Seamus Coleman mengatasi kecederaan di peha untuk menjadi kapten Ireland, sementara pemain muda, Evan Ferguson, 18 tahun, yang mewakili pasukan Liga Perdana England (EPL) Brighton, diberi keyakinan untuk beraksi.



Dalam pada itu, Belanda juga terpaksa bergantung pada pemain pertahanan bagi meraih kemenangan pertama dan bangkit daripada kekalahan yang mengaibkan kepada Perancis.



Nathan Ake menjaringkan dua gol dan Memphis Depay menjaringkan satu gol untuk memberikan kemenangan 3-0 bagi Belanda ke atas Gibraltar, yang mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain.



Depay menjaringkan gol pembuka tirai di penghujung 45 minit pertama, sementara Ake menjaringkan kededua gol dalam babak kedua perlawanan di mana Belanda sekali lagi memperagakan persembahan yang mengecewakan, selepas dibelasah oleh Perancis dalam perlawanan sebelumnya.



Perancis kini mendahului kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan, diikuti Greece dan Belanda, yang masing-masing mempunyai tiga mata. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >