Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persatuan Tchoukball S’pura terima suntikan tajaan $70,000

Jul 17, 2023 | 03:00 PM



Persatuan Tchoukball Singapura (TBAS) menerima suntikan tajaan wang tunai menjelang Kejohanan Tchoukball Sedunia pada Ogos ini di Republik Czech.

Syarikat BOC Aviation Limited pada Ahad memeterai perjanjian untuk menaja sejumlah $70,000 bagi keperluan persatuan tersebut di kejohanan itu.

Sumbangan syarikat penyewaan operasi penerbangan itu adalah yang tertinggi pernah diterima TBAS sejak ia ditubuhkan.

Dalam kenyataannya, TBAS berkata tajaan tersebut akan dimanfaatkan untuk menyokong sistem prestasi tinggi persatuan itu khususnya dalam tiga bidang, iaitu pembangunan pemain, menampung kos penerbangan dan penginapan di kejohanan berkenaan dan menyokong penganjuran acara-acara utama di Singapura seperti Kejohanan Belia Sedunia dan Kejohanan Tchoukball Asia Tenggara yang akan diadakan minggu depan.

Mengulas tajaan tersebut, Naub Pengarah Urusan BOC dan Ketua Pegawai Kewangan, Encik Steven Townend berkata:

“Kisah tchoukball Singapura adalah satu kisah menakjubkan bagaimana satu sukan yang kurang dikenali mengatasi segala rintangan untuk menjadi pasukan terhebat dunia.

“Kami gembira untuk menyokong pembangunan TBAS sedang kami sendiri meraikan ulang tahun ke-30 (syarikat). Kami mahu menunjukkan sokongan kepada masyarakat di mana kami beroperasi dan berharap sumbangan langsung kepada TBAS ini dapat membantunya mencapai kejayaan yang lebih besar.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >