Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persiapan Grand Prix F1 S’pura semakin rancak

Sep 05, 2023 | 05:03 PM



Persiapan bagi perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura semakin rancak dengan hanya kurang 10 hari sebelum jalan raya di sekitar Marina Bay digegarkan deruman kuat enjin kereta F1.

Mulai 15 hingga 17 September, Singapura bakal menjadi hos edisi ke-14 perlumbaan malam pertama sukan itu di Litar Jalan Raya Marina Bay.

Namun, perlumbaan 2023 itu menyaksikan beberapa pembaharuan.

Disebabkan kerja-kerja pembangunan semula di bandar pada 2023, pemandu akan berlumba di litar yang dipendekkan kepada 4.94 kilometer, berbanding litar 5.063 kilometer pada 2022.

Grandstand baru telah diperkenalkan untuk memenuhi sebahagian daripada keseluruhan kapasiti penonton yang dikurangkan akibat penutupan Bay Grandstand sebagai sebahagian daripada pembangunan semula The Float @ Marina Bay.

Pada 2023, litar Singapura akan ‘lebih hijau’ kerana beralih sepenuhnya kepada sistem lampu LED, yang akan mengurangkan penggunaan tenaga sekurang-kurangnya 30 peratus.

Sehingga 1,396 panel solar juga telah dipasang di atas bumbung Bangunan F1 Pit di Republic Boulevard.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >