Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perubahan dijangka dalam musim baru Liga Perdana S’pura

Dec 27, 2023 | 01:44 PM



Liga Perdana Singapura (SPL) dijangka menambah bilangan pemain asing musim depan dalam usaha meningkatkan tahap piawai bola sepak tempatan.

The Straits Times (ST) difahamkan perubahan utama bagi musim 2024-25 akan menyaksikan kuota pemain asing ditambah daripada maksimum empat (termasuk seorang daripada persatuan ahli Konfederasi Bola Sepak Asia) kepada enam (termasuk seorang daripada persatuan ahli AFC dan seorang pemain Bawah 21 Tahun, atau U-21) bagi setiap perlawanan.


Perubahan terkini itu bermakna musim terkini akan menyaksikan bilangan pemain asing yang tertinggi dibenarkan untuk setiap kelab dalam sejarah liga. 

Kuota pemain asing telah menyaksikan beberapa perubahan sejak tahun pertama Liga-S pada 1996, ketika pasukan dapat menurunkan sehingga lima pemain asing bagi setiap kelab. 

Pada 2018, apabila ia dinamakan semula sebagai SPL, kelab diizinkan mendaftar hanya dua pemain asing.

Memetik sumber dalam laporan ST, difahamkan selain kuota enam pemain asing yang boleh didaftar bagi setiap hari perlawanan, perbincangan juga sedang dijalankan untuk membolehkan kelab mendapatkan sehingga sembilan warga asing (lima daripada mana-mana warganegara, seorang dari Asia dan tiga pemain U-21).

Ini bermakna akan terdapat lebih fleksibiliti bagi kelab, terutama mereka yang telah melayakkan diri untuk kejohanan serantau kerana tiada kuota pemain asing ditetapkan dalam pertandingan AFC mulai musim 2024-25.

Sebelum ini, kelab dapat mendaftar maksimum empat pemain asing dalam SPL pada satu-satu masa dan tidak dibenarkan mengubahnya daripada satu perlawanan kepada yang lain.

Juara bertahan SPL, Albirex Niigata – yang akan menjadi kelab tempatan dan mematuhi peraturan berhubung pemain asing pada 2024 – sudah mengumumkan perubahan peraturan dalam media sosial mereka dan bertindak awal dengan mendedahkan enam pemain Jepun untuk kempen baru.

Mereka telah mengemukakan kontrak pembaharuan kepada pemain pertahanan, Koki Kawachi, 23 tahun; dan mendapatkan semula, Shuhei Hoshino, 28 tahun, dari rakan kelab SPL, Balestier Khalsa; menandatangani kontrak bersama pemain midfield 20 tahun, Arya Igami Tarhani; pemain pertahanan, Stevia Egbus Mikuni, 25 tahun; bekas pemain antarabangsa Jepun, Yojiro Takahagi, 37 tahun; dan pemain midfield Yohei Otake, 34 tahun, yang memiliki pengalaman bermain dalam Liga-J.

Difahamkan bahawa SPL dijangka menggugurkan kuota Bawah 23 tahun yang dipertikaikan.

Peraturan itu diperkenalkan pada 2018 dan mewajibkan kelab menurunkan tiga pemain U-23 untuk sekurang-kurangnya separuh pertama perlawanan sebelum bilangan itu diturunkan kepada seorang pemain pada musim 2022. 

Sementara tujuannya adalah untuk membangunkan lebih ramai pemain muda, langkah itu menerima reaksi berbelah bagi.

Walaupun pemain sedang memanfaatkan pendedahan yang bertambah, kebanyakannya berasa ia tidak selalunya berdasarkan merit.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) belum mengumumkan perubahan itu secara rasmi. 

Namun, dalam mesej Hari Natal pada 24 Disember, presidennya, Bernard Tan berkata dalam usaha untuk “menjadikan liga lebih menarik kepada pelabur swasta”, SPL akan juga berpindah ke kalendar Eropah, selaras dengan kalendar AFC.

Beliau menambah: “SPL akan bermula pertengahan tahun dengan prapertandingan sebelum itu.

“Ia juga akan menampilkan perubahan dalam bilangan pemain asing, membawa kita lebih selaras dengan peraturan AFC.

“Albirex Niigata akan bersaing sebagai kelab tempatan untuk kali pertama. Dan akan terdapat lebih banyak perlawanan secara keseluruhannya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >