Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KLINIK LARIAN ANJURAN SPORTSG

Peserta maraton ultra kongsi pengalaman, panduan di Siri Sukan ActiveSG

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



KETIKA membesar beliau aktif bermain pelbagai sukan seperti bola sepak dan bola keranjang, namun Liew Wei Yong mendapati ia sukar untuk terus terlibat dalam sukan berpasukan ini apabila beliau dan rakan sebayanya mula bekerja.



Beliau kemudiannya memutuskan untuk mencuba sukan larian pada 2004, apabila tempat kerjanya menggalakkan kakitangan mereka untuk menyertai perlumbaan Maraton Standard Chartered Singapore.



Meskipun seorang yang 'gila sukan', permulaan penyertaan Liew dalam acara larian agak mencabar kerana ia payah untuk beliau melengkapkan larian sejauh 2 kilometer.



Walau bagaimanapun, Liew meningkatkan jarak lariannya secara beransur-ansur dan selepas menamatkan maraton pertamanya pada tahun itu, beliau mula berlari jarak yang lebih jauh.



Wanita berusia 41 tahun ini juga pernah menyertai perlumbaan ultra di Gurun Gobi dan Sahara yang menjangkau 250 kilometer dan kini menjadi jurulatih larian dan kekuatan serta kecergasan.



Berikut adalah antara tip larian beliau:



Berlari mengikut rentak anda sendiri



"Banyak kali, ia adalah tekanan rakan sebaya kerana rakan anda boleh berlari sejauh 1 kilometer dalam masa empat atau lima minit dan anda ingin mengejar mereka, tetapi terlalu letih. Mula berlari perlahan-lahan dan pada kadar yang selesa, anda juga boleh mendengar muzik apabila anda berlari."



Ambil langkah kecil



Bagi mereka yang baru bermula, anda boleh berjalan 1 kilometer tiga kali seminggu, sebelum meningkatkan jarak secara beransur-ansur. Panduan penting adalah untuk meningkatkan jarak tidak lebih daripada 20 peratus setiap minggu.



Jangan lupa latihan kekuatan



Latihan kekuatan adalah kunci untuk meningkatkan prestasi larian seseorang dan senaman yang menguatkan anggota bawah tubuh seperti otot kuadrisep, hamstring, gluteus dan fleksor pinggul amat disyorkan.



Bernafas dengan betul



"Kami memberitahu pelari untuk bernafas dari diafragma dan bukan dari paru-paru. Jika anda terus melakukan pernafasan cetek, anda sebenarnya meningkatkan kadar denyutan jantung anda, yang tidak begitu berkesan."



Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut daripada Liew boleh mendaftar untuk klinik larian Sabtu ini, yang merupakan sebahagian daripada Siri Sukan ActiveSG.



Siri ini merupakan inisiatif oleh Sport Singapore (SportSG) untuk membantu individu menimba pengetahuan lebih mendalam tentang pelbagai sukan melalui acara dan aktiviti.



Liew akan menjadi antara pakar yang termasuk ketua jurulatih larian jarak jauh, Steven Quek, dan ketua jurulatih larian jarak dekat, Melvin Tan, dari Kelab Atletik ActiveSG, yang akan berkongsi pelbagai topik seperti cara berlatih dengan berkesan dan mencegah kecederaan biasa.



Siri ini adalah sebahagian daripada rancangan SportSG yang lebih luas Bring Sport Back bagi meningkatkan dan memenuhi permintaan yang semakin tinggi untuk pelbagai acara sukan berikutan gangguan selama dua tahun yang disebabkan pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >