Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Portugal singkir Vietnam, perlu atasi AS dalam perlawanan terakhir untuk mara

Jul 28, 2023 | 03:34 PM



HAMILTON (New Zealand): Portugal akan bertemu penyandang kejuaraan, Amerika Syarikat, untuk tempat ke-16 terakhir Piala Dunia Wanita setelah bermain dengan cemerlang untuk mengalahkan Vietnam.


Beraksi buat kali pertama di Piala Dunia Wanita, Portugal mengecap kemenangan sulungnya, menerusi gol-gol yang dijaringkan oleh Telma Encarnacao dan Kika Nazareth.

Portugal akan mara ke peringkat kalah mati, jika mereka dapat menewaskan juara empat kali, Amerika itu.

Sementara Vietnam pula tersingkir daripada Piala Dunia dan pulang dengan putih mata selepas kekalahan ini di Stadium Waikato di Hamilton, New Zealand.

Portugal menentang Amerika Syarikat dalam perlawanan terakhir Kumpulan E mereka pada Selasa, manakala Vietnam yang sudah tersingkir, cuba mendapatkan mata dan gol Piala Dunia pertama mereka, apabila menentang Belanda pada masa yang sama.

“Perlawanan dengan Amerika Syarikat akan berbeza sama sekali,” kata pengurus Portugal, Francisco Neto.

“Hari ini, walaupun kami menang, banyak perkara yang boleh kami perbaiki.”

Terdahulu pada Khamis, Amerika seri 1-1 dengan Belanda di Wellington.

Kemenangan pertama Portugal yang bersejarah


Kedudukan tertinggi pasukan yang kali pertama bermain di Piala Dunia Ke-8 ini – 21 dalam senarai Fifa – Portugal mempunyai pengalaman di bahagian belakang, dan mempunyai bakat muda yang menarik di hadapan.

Mereka juga memiliki kekuatan secara mendalam, ditunjukkan oleh pengurusnya, Neto, yang melakukan tujuh pertukaran dalam kesebelasan utama bagi perlawanan Khamis lalu.

Walaupun Vietnam tidak teratur dan terbuka dalam pertahanan, Portugal sentiasa tajam di bahagian sayap dan penuh dengan idea kreatif.

Mereka mendahului dua gol dalam masa 21 minit, dan boleh menjaringkan lebih banyak gol kerana menguasai permainan.

Gol pertama Piala Dunia Wanita mereka, dihasilkan selepas tujuh minit apabila hantaran lintang Lucia Alves yang rendah menemui Encarnacao yang melakukan penyempurnaan dari jarak dua meter.

Nazareth – hanya berusia 20 tahun dan kini dengan tujuh gol untuk Portugal – menggandakan jaringan dengan penyudah yang bijak, melepasi Kim Tranh.

Memang jelas Amerika akan lebih bijak dalam pertahanan dan tersusun berbanding Vietnam, tetapi dengan tenaga belia, berkemahiran dan pantas dalam barisan mereka, Portugal dijangka dapat membuat kejutan besar dalam sejarah bola sepak wanita.

Vietnam mudah ditundukkan


Bagi Vietnam, yang tampil buat kali pertama dalam Piala Dunia Wanita, adalah mengecewakan apabila tersingkir, setelah menunjukkan persembahan terbaik di bahagian pertahanan semasa menentang pasukan Amerika.

Dalam perlawanan dengan Portugal, pasukan yang dipimpin Mai Duc Chung kelihatan mempunyai peluang yang cerah untuk mencatatkan kemenangan dalam penampilan sulungnya di Piala Dunia wanita ini.

Tetapi mereka masih mahu bermain secara bertahan yang mantap dengan formasi 5-4-1.

Kesudahannya, kedudukan itu menjadi porak-peranda setelah berkali-kali ditembusi oleh Portugal.

Malangnya percubaan Joana Marchao terkena palang dua kali, manakala penjaga gol Vietnam, Tranh dapat menyelamatkan gawangnya dengan baik.

Vietnam berada di kedudukan ke-32 dalam ranking Fifa, tetapi jurulatih Chung mengakui jurang itu kelihatan jauh lebih besar di Hamilton.

“Pada separuh masa pertama, saya tidak berpuas hati dengan pasukan,” katanya.

“Mereka 11 pangkat lebih tinggi daripada kami dan mereka datang dari Eropah jadi, ya, mereka jauh lebih baik daripada kami. Ini adalah pengajaran untuk kami.

“Sebagai jurulatih, saya telah belajar banyak perkara semasa kejohanan ini. Kami melihat kelemahan kami, dan kami boleh belajar daripada pengalaman ini.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >