Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU SEPARUH AKHIR: MAGHRIBI LWN PERANCIS

Presiden AS pendek ucapan sertai pemimpin tonton Piala Dunia

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, semalam, memendekkan ucapan yang diberikan kepada pemimpin negara-negara Afrika dan menyusuli itu, menyertai mereka, termasuk Perdana Menteri Maghribi, Encik Aziz Akhannouch untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Maghribi dengan Perancis.



Encik Biden, yang selalunya memberikan ucapan lebih panjang, berkata beliau sedar ada perlawanan Piala Dunia yang ditunggu-tunggu di Doha, Qatar, semasa beliau berucap kepada hampir 50 ketua negara yang berhimpun di Washington untuk menghadiri sidang puncak pemimpin di sana.



"Saya tahu awak semua bercakap sesama sendiri... harap Biden beri ucapan pendek... saya faham," kata beliau, dengan disambut tepukan dan ketawa dari kalangan pemimpin Afrika yang hadir.



Encik Biden juga berkata beliau telah melihat utusan iklim Amerika Syarikat, Encik John Kerry - seorang yang dikenali sebagai peminat bola sepak - menganggukkan kepala.



Dalam ucapannya, Encik Biden turut memuji Maghribi kerana menjadi negara Afrika pertama melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia. Amerika Syarikat telah disingkir lebih awal dari pertandingan itu.



Menyusuli itu, Encik Biden bukan sahaja mengakhiri hujahnya sejurus selepas perlawanan separuh akhir bermula, malah menyertai Encik Aziz dan beberapa pemimpin lain yang menonton bola sepak di televisyen, menurut Rumah Putih.



Di sidang puncak yang dihoskan oleh Encik Biden itu, syarikat dari Amerika dan Afrika memberikan komitmen kerjasama bernilai lebih AS$15 bilion ($20 bilion), antara langkah Amerika untuk mempertingkat hubungan dagang dengan benua itu, berbanding penyaluran bantuan semata-mata. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >