Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Prestasi Spurs, Newcastle: Sepadan dan senasib

Dec 10, 2023 | 05:30 AM



Mampukah Tottenham Hotspur (Spurs) meneruskan rentak permainan agresif seperti yang dipamerkannya semasa menentang Manchester City pada 4 Disember lalu apabila ia seri dengan juara Liga Perdana England (EPL) musim lalu itu?

Prestasi Spurs

Padahal Spurs, yang bermain di padang lawan, ketinggalan dua kali dalam perlawanan yang penuh mendebarkan itu dengan City menguasai 55 peratus permainan berbanding Spurs (45 peratus).

City, yang mempunyai 17 rembatan ke arah gol berbanding Spurs dengan lapan rembatan, terus mendahului selepas Jack Grealish menyumbat gol ketiga buat pasukannya namun jaringan penyamaan diperoleh pemain sayap Spurs, Dejan Kulusevski sebelum wisel penamat ditiup.

Perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 3-3 itu membuktikan bahawa Spurs mampu memberi tentangan yang diperlukan sebagai sebuah pasukan apabila mereka sedang ketinggalan.

Ini meskipun ramai, terutama peminat pasukan lain yang sangsi akan keupayaan Spurs pimpinan Ange Postecoglou, menjangka pasukan yang digelar Lilywhites itu akan teruk dibelasah City yang diuruskan Pep Guardiola.

Artikel previu saya berkaitan perlawanan antara City dengan Spurs pada 3 Disember lalu juga membayangkan bahawa pasukan yang diketuai Son Heung-min itu akan tewas teruk.

Tidak kurang juga mereka yang kerap mempersendakan Spurs, seperti yang dilakukan beberapa rakan sepejabat.

Antara lain, mereka kata Spurs hanya juara sehingga akhir tahun (Disember) dan kemudian prestasi mula merosot selepas itu.

Padahal berdasarkan keputusan pada musim kali ini, Spurs membuktikan semangat juang yang tinggi apabila mereka kembali penuh bersemangat di saat akhir perlawanan.

Semasa menentang Liverpool pada 1 Oktober misalnya, Spurs menang 2-1 pada saat akhir sebelum wisel penamat, hasil asakan bertubi-tubi pasukan mereka.

Gol jaringan sendiri pemain lawan pada masa tambahan diperoleh kerana tekanan yang diberi para pemain Spurs pada ketika itu.

Namun sebulan kemudian, nasib Spurs mula berubah apabila tewas kepada Chelsea 1-4 di padang sendiri.

Ketika itu, dua pemain utama Spurs, Cristian Romero dan Destiny Udogie, dibuang padang selepas dilayang kad merah.

Ternyata ia permulaan kepada dua kekalahan yang menyusul kemudian – kepada Wolverhampton Wanderers 2-1, dan Aston Villa 1-2. Terkini, Spurs tewas 1-2 kepada West Ham di padang sendiri.

Padahal ketiga-tiga pasukan ini bukan antara yang terhandal dalam EPL.

Timbul satu persoalan: Mengapakah Spurs tidak mampu mengatasi kededua pasukan ini sedangkan pasukan lebih handal seperti Manchester United dan Liverpool mampu mereka tewaskan, dan seri dengan Arsenal serta Manchester City?

Adakah pengurus Spurs, Ange Postecoglou, atau kapten mereka, Son Heung-min, boleh melakukan sesuatu yang dapat menyuntik semangat para pemain sehingga mampu mengubah corak permainan apabila perlu?

Pada 12.30 tengah malam 11 Disember (waktu Singapura), Spurs, yang sedang menduduki tangga kelima EPL dengan 27 mata, akan berhadapan Newcastle yang kini berada di kedudukan ketujuh dengan 26 mata.

Jika dilihat pada statistik kedudukan, kededua pasukan sudah bermain 15 kali, menang lapan perlawanan.

Namun Spurs tiga kali seri dan tewas empat perlawanan sementara Newcastle pula seri dua dan tewas lima kali.

Yang pasti Spurs mempunyai kapten yang ternyata memikul tugas dengan berkesan.

Malah, Son kini merupakan penjaring ketiga terbanyak dalam EPL dengan sembilan jaringan di belakang Mohamed Salah dari Liverpool (10 gol) dan Erling Haaland dari Manchester City (14 gol).

Sejak menjadi kapten awal musim, Son terus menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan, seperti juga dalam perlawanan menentang City apabila beliau menjaringkan gol pasukannya di awal permainan.

Namun pasukan itu tidak mampu terus bergantung kepada Son untuk memburu jaringan, apatah lagi dengan ramai pemain utama mereka kini mengalami kecederaan selain ada yang digantung perlawanan.

Sekiranya ini berterusan, dengan tidak secara langsung corak permainan mereka kemungkinan kembali seperti musim-musim lalu apabila Spurs terlalu bergantung kepada Harry Kane untuk menjaringkan gol.

Prestasi Newcastle

Seperti Spurs, prestasi Newcastle juga kurang konsisten.

Baru-baru ini mereka menang tipis 1-0 ke atas Manchester United dan sebelum itu, menang 4-1 ke atas Chelsea, serta menang 1-0 ke atas Arsenal.

Anehnya, mereka tewas 2-0 kepada Bournemouth yang kini di tangga 16 daripada 20 pasukan dalam EPL.

Pada 3 September lalu mereka tewas kepada Liverpool 1-2, Brighton 3-1 dan dan tewas di tangan City 1-0. Dan pada 8 Disember, mereka ditewaskan Everton 3-0.

Ini agak berbeza berbanding musim lalu apabila Newcastle kelihatan lebih mengancam sehingga berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara pada musim kali ini, namun kemudian tersingkir di peringkat kumpulan.

Di peringkat kumpulan, Newcastle membuat kejutan dengan menundukkan pasukan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) 4-1 di padang sendiri semasa peringkat kumpulan pada 5 Oktober.

Newcastle yang diuruskan Eddie Howe ternyata sebuah pasukan yang digeruni pada masa ini sejak kelab itu diambil alih sebuah konsortium asing pada 2021.

Meskipun akan dapat memberi lebih tumpuan kepada EPL selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara, nasib pasukan yang diketuai Jamaal Lascelles itu mungkin berubah sedikit dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

Sebabnya penjaga gawang utama pasukan itu, Nick Pope, dilaporkan mungkin terlepas peluang baki perlawanan musim kali ini selepas memerlukan pembedahan akibat kecederaan bahu yang dialaminya.

Dalam perlawanan menentang Manchester United pada 3 Disember, Pope terpaksa digantikan selepas terjatuh yang menyebabkan kecederaan tersebut semasa beliau cuba menyelamatkan percubaan pihak lawan.

Tidak diketahui berapa lama beliau akan terlepas peluang untuk mewakili kelabnya namun difahamkan Pope, 31 tahun, mengalami kecederaan di bahu yang sama seperti yang dialaminya lima tahun lalu.

Pope memang salah seorang penjaga gawang yang disegani sebelum kecederaannya itu, dengan menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi semasa menentang Bournemouth, Chelsea dan PSG sehinggakan beliau disertakan dalam skuad England.

Tanpa Pope, Newcastle kini terpaksa bergantung kepada penjaga gawang gantian, Martin Dubravka dan Loris Karius.

Pastinya dengan ketiadaan penjaga gawang utama Newcastle, Spurs akan berusaha mengambil peluang tersebut untuk cuba membolosi gawang pasukan lawan mereka itu.

Sebabnya, tidak diketahui sekiranya penjaga gawang gantian Newcastle mampu mengawal gawangnya dengan baik berbanding Nick Pope.

Mampukah Son bersama pasukannya terus memanfaatkan ketiadaan Pope apabila kededua pasukan itu bertembung pada tengah malam 11 Disember?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >