Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Projek Unleash The Roar ‘di landasan betul’

Jan 25, 2024 | 01:44 PM



Ia mungkin pencapaian yang tidak dapat diduga. Pada 1990, bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson hampir dipecat dari Old Trafford selepas rentetan keputusan hambar dan tiada kemenangan trofi selama tiga tahun.

Tidak lama kemudian, warga Scotland itu memimpin pasukan The Red Devils menjuarai Piala FA pada tahun yang sama sebelum menambah 37 lagi trofi lain.


Mungkin bola sepak Singapura mendapati dirinya berada dalam kesusahan dan ketua pegawai eksekutif Majlis Sukan Singapura (SportSG), Alan Goh berharap projek nasional Unleash the Roar! (UTR) akan dapat meraih pencapaian yang sama seperti yang pernah dilalui Ferguson sebelum beliau mencapai kejayaan.

Dalam satu wawancara bersama The Straits Times semasa podcast, Hard Tackle, yang diterbitkan pada 24 Januari, kededua Goh dan ketua Institut Sukan Singapura (SSI), Su Chun Wei, berkata projek UTR sedang bergerak ke arah yang tepat.


Memetik perjuangan awal Ferguson, Goh berkata: “Bukan mengatakan bahawa saya akan menjanjikan kejayaan bak Alex Ferguson, tetapi itulah tahap kesabaran yang kami harapkan, kami tetapkan secara minimum kepada UTR dan FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura).

“Sememangnya, kami tidak akan melepaskan tanggungjawab. Mudah-mudahan kita dapat bersaing pada tahap lebih tinggi berbanding keputusan yang kita lihat sejak kebelakangan ini. Kita pernah mencapai tahap itu sepanjang sejarah kita.

“Dan secara kolektif, matlamat kami sebagai satu Team Singapore adalah untuk kembali semula ke tahap itu.”

Walaupun cita-cita jangka panjang di bawah UTR adalah untuk pasukan Singa melayakkan diri ke Piala Dunia 2034, keputusan buat sementara waktu tidak memberi gambaran baik.

Peminat juga semakin kecewa dengan keputusan buruk dan kekurangan identiti dalam pasukan nasional. 

Singapura tewas 1-4 kepada Malaysia dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean pada Januari 2023 dan mengalami penyingkiran awal daripada pertandingan itu.

Pada Mei, pasukan Bawah 22 Tahun dibaham 0-7 oleh musuh seberang tambak dalam kempen Sukan SEA Kemboja, yang kemudian menyebabkan skuad itu menarik diri daripada Sukan Asia Hangzhou.

Antara kritikan lain terhadap UTR adalah permulaan projeknya yang perlahan. 

Ia diumumkan pada Mac 2021 dan langkah penting pertamanya bermula pada Julai 2022, apabila program Akademi Bola Sepak Sekolah dilancarkan meliputi 10 sekolah.

Setahun kemudian, kumpulan pertama seramai lapan pemain bola muda dianugerahkan biasiswa luar negara sejurus selepas Pusat Pembangunan Junior (untuk usia lapan hingga 12 tahun) dan Pembangunan Nasional (13 hingga 16 tahun) bagi belia berpotensi tinggi ditubuhkan.

Goh berkata: “Ini adalah cebisannya. Dan diharapkan dalam beberapa tahun, kami mula melihat lebih banyak sokongan dan lebih banyak minat, dan ia kemudian akan diterjemahkan kepada lebih banyak kejayaan di atas padang.”

Su menegaskan UTR “berada di landasan yang betul” dan berkata: “Ia adalah rancangan jangka panjang... Sudah tentu, ia mengambil masa yang lebih lama untuk membuahkan hasil secara keseluruhannya.”

Beliau menambah: “Semua orang mahu melihat pasukan yang menang. Semua orang mahu pasukan senior Singa atau Singa Muda kita berdaya saing. Jika kita mengambil perjalanan yang panjang ini dan kita melihat tanda-tanda peningkatan, kita perlu menyokong Singa kita.

“Kita tidak boleh melemahkan semangat mereka. Kita perlu bersama. Dan seperti yang saya katakan, dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi, jika kita melakukan ini secara kolektif sebagai sebuah pasukan...Saya cukup pasti bahawa semua orang akan berkongsi hasil kolektif perjalanan ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >