Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sentosa berpotensi jadi tempat acara Kejohanan Akuatik Sedunia 2025

Jan 17, 2024 | 06:12 PM



Sentosa, Marina Bay, dan Hab Sukan Singapura berupaya menjadi latar tempat acara bagi Kejohanan Akuatik Sedunia pada 2025, apabila negara ini bakal menjadi tuan rumah Asia Tenggara pertama untuk berbuat demikian.

Presiden Akuatik Singapura, Encik Mark Chay, mendedahkan maklumat berkenaan di acara Siri Spotlight Sukan Singapura pada 16 Januari dalam satu video promosi bagi pertandingan tersebut, yang bakal menarik lebih 2,000 atlet.

Hab Sukan Singapura akan menjadi tempat utama acara tersebut, dengan melibatkan rancangan untuk mengadakan pertandingan renang dan renang artistik di Stadium Tertutup Singapura, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Sementara itu, acara polo air dan sukan terjun bakal diadakan di Pusat Akuatik OCBC berhampiran. Acara renang gaya bebas dan terjun indah pula masing-masing bakal diadakan di kawasan Marina Bay dan Sentosa.

Encik Chay, pengerusi bersama jawatankuasa penganjuran tempatan itu, berkata Kejohanan Sukan Akuatik Sedunia dan Kejohanan Master Akuatik Sedunia akan diadakan pada Julai dan Ogos 2025 agar ia diadakan serentak dengan perayaan Hari Kebangsaan.

Pusat latihan bagi atlet daripada sebanyak 200 persekutuan nasional mungkin diadakan di sekolah antarabangsa dan tempatan di sini, katanya.

Encik Chay berkata selain tawaran acara sukan aksi hebat itu, kejohanan tersebut juga menawarkan peluang bagi meraikan kemerdekaan ke-60 Singapura.

Encik Chay berkata: “Kami masih di peringkat perancangan, dan kerja masih berterusan, tetapi ia memberi gambaran terhadap bagaimana Singapura boleh menjadi tuan rumah acara ini.”

Hanya Jepun, China dan Korea Selatan sahaja, pernah menjadi tuan rumah bagi acara itu di Asia. Qatar pula akan menjadi tuan rumah bagi edisi 2024 pertandingan itu pada Februari.

“Banyak kejayaan yang telah kami capai dalam mengadakan acara di Singapura, dan ini adalah kerana daya inovasi sektor swasta dan daya pemikiran melangkaui batas agar dapat mencapai standard itu.

“Saya harap mereka yang menyertai industri lain seperti teknologi atau FinTech (teknologi kewangan) boleh menyumbang dalam menjayakan cerita Singapura bagi 2025,” ujarnya.

Encik Chay merupakan antara 350 rakan berkepentingan pada acara pertama siri Spotlight itu bagi industri sukan dan jasmani yang mana Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, turut mengumumkan beberapa daya usaha dan acara baru bagi mengembangkan sektor itu.


Ini termasuk pelancaran satu platform dalam talian dipanggil pusat Penukaran Data Sukan Singapura (Sport Data Exchange) yang membolehkan perkongsian data antara atlet dalam ekosistem sukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >