Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SportSG perjelas tindakan gantung sokongan kepada 3 atlet

Oct 07, 2022 | 09:20 PM



KEPUTUSAN SportSG untuk menggantung sokongan kepada tiga atlet bagi tempoh sebulan dibuat selepas semakan dalaman, dengan mengambil kira pelanggaran atlet terhadap syarat perjanjian yang ditandatangani antara atlet dengan SportSG, penanda aras sukan antarabangsa, dan pendirian Singapura terhadap penyalahgunaan dadah.


Demikian reaksi agensi sukan nasional itu menyusuli perbincangan awam mengenai tindakan disiplin yang telah diambil pihaknya terhadap tiga atlet itu – Joseph Schooling, Amanda Lim dan Teong Tzen Wei.


Dalam satu kenyataan pada Jumaat malam (7 Okt), SportSG berkata pihaknya mengambil kira penanda aras badan antarabangsa, seperti Agensi Anti-Penggunaan Dadah Sedunia (Wada) dan persekutuan (sukan) nasional lain.


“Khususnya, Wada  tidak mengenakan sebarang sekatan bagi pengambilan atau penggunaan dadah terkawal berikut –  kanabis, kokain, heroin, Ecstasy –  jika ia diambil di luar tempoh pertandingan.


“Sekiranya atlet itu disahkan positif dadah ini dalam pertandingan tetapi boleh menunjukkan bahawa dadah itu tidak mempunyai kaitan dengan prestasi pertandingan mereka, atlet itu akan menghadapi penggantungan satu hingga tiga bulan.” ujar SportSG.


Penggantungan selama satu bulan pula akan dikenakan jika atlet itu melengkapkan program pemulihan dadah.


Keputusan yang diambil SportSG itu mengambil kira bahawa ujian air kencing atlet didapati  negatif, dan atlet itu sendiri mengaku mengambil ganja di luar pertandingan pada masa lalu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >