Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Spurs tebus kemenangan, tewaskan Newcastle 4-1

Dec 11, 2023 | 01:36 PM



LONDON: Tottenham Hotspur bangkit daripada keputusan mengecewakan sejak kebelakangan ini dengan menewaskan Newcastle United 4-1.


Spurs sebelum ini tewas empat daripada lima perlawanan dan anak buah Ange Postecoglou terkial-kial menggerakkan jentera serangan.

Perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada 11 Disember di padang sendiri itu menyaksikan Spurs mendominasi sebahagian besar perlawanan.

Tonggak penyerang Spurs, Richarlison, turut menemukan sentuhan jaringan semula selepas menyumbatkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Beliau berjaya menyempurnakan hantaran lintang daripada Son Heung-Min pada minit ke-38 dan hantaran jauh Pedro Porro pada minit ke-60.

Penyerang asal Brazil itu hanya menjaringkan lima gol dalam 48 penampilan untuk Spurs sebelum ini.

Son turut menyumbatkan satu gol pada minit ke-85 melalui sepakan penalti selepas beliau dikasari penjaga gawang Newcastle, Martin Dubravka, dalam kotak penalti.

Taring Newcastle pula tidak begitu kelihatan dalam perlawanan itu dengan gol Joelinton pada minit terakhir perlawanan menjadi jaringan sagu hati bagi pasukan lawan.

Skuad Newcastle kendalian Eddie Howe dibelenggu masalah kecederaan dek jadual padat dan pasukannya perlu bangkit semula menjelang perlawanan genting Liga Juara-juara Uefa (UCL) menentang AC Milan di padang sendiri pada 14 November.

The Magpies perlu menang perlawanan UCL itu untuk tingkatkan peluang melangkah ke pusingan kalah mati.

Howe tidak dapat menukar kesebelasan pasukannya dalam beberapa minggu sejak kebelakangan ini disebabkan kecederaan pemain.

Bahkan beliau menurunkan 10 pemain sama untuk lima perlawanan berturut-turut, sekali gus mengehadkannya mengganti pemain untuk rehat secukupnya.

Namun dengan tonggak utama, Callum Wilson dan Sean Longstaff dijangka beraksi kembali, ia sedikit sebanyak meringankan tekanan Howe apabila berhadapan dengan AC Milan kelak.

Spurs pula terkial-kial mencari rentak dan mengekalkan prestasi yang diinginkan dalam beberapa perlawanan sejak kebelakangan ini susulan permulaan musim yang memberangsangkan.

Namun keputusan seri 3-3 yang dicatatkan pada 4 Disember menentang juara bertahan Manchester City seperti menyuntik semangat baru.

Richarlison mendapat banyak pujian susulan dua golnya daripada penyokong Spurs dan ini barangkali menerapkan keyakinan yang diperlukan bagi pemain tinggi lampai itu untuk teruskan prestasinya.

Son pula menjadi penggerak utama bagi sebahagian besar permainan Spurs – beliau membantu mencipta peluang bagi dua gol pertama.

Lantaran itu, gaya permainan Postecoglou yang lebih kepada ‘serangan menyeluruh’ seperti menampakkan hasil.

Namun, pasukan itu harus memastikan rentak konsisten bagi setiap perlawanan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >