Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Suku akhir ditaburi bintang; siapa bakal bersinar?

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



HANYA lapan pasukan masih boleh mengimpikan menjulang Piala Dunia 2022 pada 18 Disember.



Menyusuli persaingan peringkat kumpulan dan kalah mati penuh kejutan - menyaksikan pasukan besar Jerman, Belgium dan Sepanyol tersingkir bersama 21 pasukan lain - pertandingan di Qatar itu kini memasuki pusingan suku akhir.



Enam daripada lapan pasukan itu merupakan bekas juara atau finalis Piala Dunia lalu dan mereka telah menjulang mahkota bola sepak itu sebanyak 10 kali.



Dalam kumpulan elit lapan yang masih boleh bermimpi itu, terdapat Maghribi, yang kini bercita-cita menjadi pasukan Afrika pertama layak ke separuh akhir.



Yang pasti, empat perlawanan suku akhir ini akan begitu sengit hingga sukar meramalkan pasukan yang boleh terus bermimpi menjadi juara kelak.



Sedang Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo masih menjadi tumpuan, bintang lain seperti Neymar, Harry Kane, Kylian Mbappe dan Luka Modric tetap bersinar.



Berita Harian meninjau senario yang boleh berlaku dengan bintang-bintang bola sepak dunia berentap untuk mengukir nama mereka dalam lipatan sejarah sukan ini. - Agensi berita.




Pertarungan Anglo-Perancis



England dan juara bertahan Perancis bertemu dalam pertandingan utama buat julung-julung kali dalam 10 tahun, dan dalam pusingan kalah mati. Dua pasukan ini seri 1-1 dalam peringkat kumpulan Euro 2012.



Namun, pertemuan Piala Dunia terakhir dua gergasi ini ialah pada 1982. Dalam perlawanan itu, kapten England Bryan Robson menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas pasukan Perancis yang dipimpin legenda Michel Platini.



Pasukan Three Lions itu memenangi Piala Dunia tunggal mereka pada 1966, termasuk selepas mengalahkan Perancis. Kali ini, England perlu menangani ancaman bintang Perancis Kylan Mbappe, yang mendahului senarai Golden Boot, iaitu penjaring terbanyak Piala Dunia Qatar dengan lima gol.



"Sabtu ini adalah satu perlawanan yang amat sukar," kata kapten England Harry Kane. "Perancis sebuah pasukan hebat, juara bertahan, jadi kami menjangka permainan sukar. Tapi kalau kami hendak memenangi Piala Dunia, kami mesti mengatasi pasukan hebat," tambahnya.



Final Messi lawan Ronaldo?



Ahad, 18 Disember. Perlawanan di Stadium Lusail, Doha. Dua pemain terunggul dunia berentap bagi peluang terakhir mereka digelar juara dunia!



Liones Messi dari Argentina dan Cristiano Ronaldo dari Portugal telah bersaing hampir 20 tahun, untuk mencipta sejarah bola sepak dunia. Dalam Piala Dunia Qatar ini, contohnya, sedang Messi menjaringkan gol ke-1,000 dalam kerjayanya semasa membolosi gawang Australia, Ronaldo pula menjadi pemain pertama menjaringkan gol di lima pertandingan Piala Dunia.



Kededua pemain ini telah memenangi kejuaraan pada peringkat antarabangsa - Messi memenangi Copa America tahun lalu dan Ronaldo Kejohanan Eropah pada 2016. Bagaimanapun, hadiah utama bola sepak dunia masih belum dicium mereka.



Messi, 35 tahun, telah berkata Piala Dunia ini besar kemungkinan yang terakhirnya, sementara Ronaldo akan berusia 41 tahun pada Piala Dunia 2026.



Ini pastinya peluang terakhir mereka menjulang piala paling diidam pemain bola sepak itu.



Saingan Amerika Selatan



Sekiranya Brazil mengalahkan Croatia dan Argentina menundukkan Belanda, peminat bola sepak akan disajikan pertempuran dua gergasi Amerika Selatan di Stadium Lusail.



Juara lima kali dan pasukan pilihan di Qatar, Brazil, mempamerkan keunggulan mereka dengan kemenangan mudah ke atas Korea Selatan, manakala Argentina bergantung pada kecemerlangan Messi untuk menyingkirkan Australia.



Brazil dan Argentina telah bertemu empat kali dalam Piala Dunia, kali terakhir pada 1990 apabila gol Claudio Caniggia pada minit-minit terakhir perlawanan memberi kemenangan kepada Argentina untuk melangkah ke suku akhir.



Selain itu, dua pasukan ini memikul harapan Amerika Selatan untuk mengakhiri dominasi Eropah, yang memenangi Piala Dunia sejak 2004.



Maghribi menakjubkan



Penalti kemenangan jaringan Achraf Hakimi benar-benar menakjubkan. Pemain bek kanan itu seolah-olah individu paling tenang.



Di tengah-tengah lautan ketegangan, beliau menguis bola dengan begitu elegan ke tengah gol, memperdaya penjaga gawang Sepanyol, yang terlantar setelah membuangkan badan ke kanan.



Dengan kemenangan itu, Maghribi mencipta sejarah melangkah ke suku akhir Piala Dunia.



Jurulatihnya Walid Regragui telah membangunkan sebuah pasukan mantap dengan benteng pertahanan yang sukar ditembusi lawan.



Maghribi masih belum mengalami kekalahan dalam Piala Dunia Qatar, dan gawang mereka hanya dibolosi satu kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >