Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Trent Alexander-Arnold boleh jadi pemain terbaik dunia: Gary Neville

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold, boleh menjadi salah seorang bek kanan terbaik dunia jika beliau berusaha dalam permainan pertahanan beliau, kata bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville.



Alexander-Arnold, 23 tahun, semakin mendapat perhatian dan kritikan musim ini kerana bergelut untuk menunjukkan prestasi baik.



Beliau dipilih untuk menyertai skuad England baru-baru ini tetapi tidak bermain menentang Itali dan digugurkan daripada skuad untuk menentang Jerman.



"Tiada bek sayap yang pernah saya lihat di negara ini boleh melakukan apa yang beliau boleh lakukan.



"Jadi, jika beliau boleh mempertingkat keupayaannya semasa bertahan, dan mendapatkan konsistensi, kita bukan sahaja akan mempunyai salah satu bek kanan dan penyerang terbaik yang pernah dihasilkan negara ini, malah kita mungkin akan mempunyai bek kanan terbaik yang dihasilkan dunia ini.



"Ia seperti tahap bek sayap Cafu (legenda Brazil), dan ia sesuatu yang luar biasa," kata Neville kepada Sky Sports.



Bekas bek kanan England, Neville bermain 85 kali untuk negaranya dan membuat 602 penampilan untuk Manchester United.



Beliau berkata terdapat "ketidakseimbangan" pada permainan Alexander-Arnold, dengan elemen serangan mengatasi bahagian pertahanan.



Bos Liverpool, Jurgen Klopp, mempertahankan pemainnya yang "luar biasa" selepas ditolak England oleh pengurus Gareth Southgate, tetapi bersetuju ada "ruang untuk diperbaiki" dalam permainan pertahanan Alexander-Arnold.



"Saya rasa Trent perlu berusaha untuk bertahan. Saya mengatakannya beberapa tahun lalu bahawa terdapat kekurangan kesungguhan dalam pertahanannya dan terdapat kekurangan kewaspadaan di dalam permainan.



"Pada satu ketika dalam kariernya, ia akan menghalangnya," kata Neville.



Selepas pusingan perlawanan antarabangsa baru-baru ini, Southgate berkata "permainan serba boleh" Alexander-Arnold berada di belakang pemain pertahanan kanan Newcastle United, Kieran Trippier.



Terdapat bahaya pemain Liverpool itu boleh diketepikan daripada skuad England untuk Piala Dunia 2022, tetapi Neville berpendapat itu boleh menjadi rahmat yang terselindung.



"Ini adalah saat penting dalam kerjayanya. Apa yang beliau buat, adakah beliau fikir 'saya tidak perlu berbuat demikian, saya tidak mahu berbuat demikian?'



"Mungkin ada yang negatif jika beliau tidak pergi ke Piala Dunia tetapi itu mungkin boleh menjadi kesan positif terbesar dalam kariernya, jika beliau boleh mempunyai lima hingga enam minggu di sini hanya dilatih (dalam pertahanan)," tambah Neville. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >