Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Angin ahmar lebih jejas Melayu

Pesakit yang beransur pulih kongsi pengalaman selepas diserang angin ahmar tahun lalu
Dec 05, 2022 | 05:30 AM



SEKALI pandang mungkin tidak ramai menyedari bahawa Cik Atika Ahmad sedang beransur pulih daripada penyakit angin ahmar yang dialaminya tahun lalu.



Cik Atika, 56 tahun, gemar berkunjung ke serata Singapura dan menghadiri pelbagai ceramah motivasi diri dan menjadi pendamping kepada kes-kes pesakit angin ahmar yang baru.



Padahal sehingga kini hanya sekitar 70 peratus daripada keseluruhan tenaganya telah kembali seperti sediakala sejak disahkan mengalami angin ahmar yang menjejas bahagian kiri tubuhnya.



"Memang saya kini tidak suka duduk berdiam diri dan menyendiri sejak mula beransur sembuh daripada angin ahmar.



"Saya rasakan saya kini lebih cergas dan aktif berbanding sebelum mengalaminya," kata wanita bujang itu yang sebelum ini menguruskan sebuah kantin makanan.



Menurut Laporan Tahunan Pendaftaran Angin Ahmar Singapura 2020, yang dikeluarkan pada Oktober lalu, bagi setiap 100,000 penduduk, sebanyak 306.8 kadar kejadian angin ahmar dilaporkan dalam kalangan masyarakat Melayu pada 2020 berbanding 235.4 pada 2010.



Angka tersebut lebih tinggi berbanding kaum Cina pada kadar 191.0 (2010) dan 250.7 (2020); sementara masyarakat India pula 138.8 (2010) dan 223.1 (2020).



Laporan itu turut mendapati bahawa bilangan kejadian berulang angin ahmar telah meningkat daripada 5,890 kali pada 2010 kepada 8,846 kali pada 2020.



Usia median permulaan pesakit Melayu yang dikesan angin ahmar adalah 64.5 tahun pada 2020, berbanding 71.0 tahun dalam kalangan masyarakat Cina dan 64.4 tahun kaum India.



Ini mungkin disebabkan kadar prevalens faktor berisiko angin ahmar seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, hiperlipidemia (kehadiran lipid yang berlebihan dalam darah) dan merokok dalam kalangan masyarakat Melayu. (Tinjauan Kesihatan Penduduk 2020.)



Semasa dihubungi, Ketua dan Konsultan Kanan, Jabatan Neurologi, Institut Neurosains Kebangsaan (NNI) - Kampus SGH - Profesor Madya Dr Deidre De Silva, menganggarkan sekitar dua pertiga pesakit angin ahmar akan mengalami kecacatan - termasuk fizikal atau emosi.



"Kesan-kesan ini biasanya bukan sahaja fizikal (menjejas kekuatan, deria sensasi, keseimbangan, penglihatan, pertuturan, dan lain-lain lagi).



"Mungkin juga akan ada kesan kognitif (menjejas memori, pemikiran, dan lain-lain), psikologi dan kesan sosial juga," tambahnya kepada wartawan.



Namun terdapat juga kes di mana pesakit dapat kembali melakukan rutin harian seperti biasa dalam tempoh yang singkat selepas mendapatkan rawatan awal.



Beliau memetik salah satu kes melibatkan seorang pesakit wanita berusia dalam lingkungan 60-an tahun yang kembali bekerja sekitar tiga bulan selepas menghidap angin ahmar.



"Wanita itu menjalani rawatan dengan segera termasuk prosedur mengeluarkan darah beku di otaknya.



"Mesejnya ialah pesakit angin ahmar perlu dapatkan rawatan seawal mungkin," katanya lagi.



Secara keseluruhannya, angin ahmar kekal sebagai punca kematian keempat di Singapura dan merupakan salah satu penyumbang teratas yang menjejas keupayaan golongan dewasa.



Sementara itu, laporan tersebut turut menyebut bahawa pesakit angin ahmar bawah usia 40 tahun membentuk kurang daripada 1.8 peratus daripada keseluruhan 8,846 kes angin ahmar pada 2020.



Namun antara 2010 dengan 2020, terdapat peningkatan kadar kejadian bagi golongan pesakit berusia 40 hingga 59 tahun.



Dianggarkan sekitar 80 peratus kes angin ahmar berpunca daripada faktor berisiko yang boleh dicegah atau diuruskan menerusi pemeriksaan kesihatan yang kerap, ubat, atau perubahan dalam gaya hidup.



Menurut data Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional 2020, masyarakat Melayu mempunyai prevalens tertinggi bagi faktor berisiko angin ahmar yang mungkin meletakkan mereka sebagai berisiko menghidapinya.



"Oleh itu adalah penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang kerap bagi mengesan faktor berisiko senyap seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, hiperlipidemia dan fibrilasi atrium. Ambil ubat anda sekiranya mempunyai sebarang masalah ini dan amalkan gaya hidup sihat," jelas Dr Deidre.



Bagi Cik Atika, beliau menganggap terselit hikmah di sebalik serangan angin ahmar.



"Jika dahulu saya lebih menyendiri, kini saya lebih terbuka untuk bertemu sesiapa dan bergaul dengan mereka, selain aktif dalam kegiatan berjalan jauh," ujarnya yang turut menghadiri ceramah motivasi diri secara kerap.




"Memang saya kini tidak suka duduk berdiam diri dan menyendiri sejak mula beransur sembuh daripada angin ahmar.
Saya rasakan saya kini lebih cergas dan aktif berbanding sebelum mengalaminya.
... Jika dahulu saya lebih menyendiri, kini saya lebih terbuka untuk bertemu sesiapa dan bergaul dengan mereka, selain aktif dalam kegiatan berjalan jauh.''
- Cik Atika Ahmad.




LAPORAN TAHUNAN PENDAFTARAN ANGIN AHMAR SINGAPURA 2020



■ Bagi setiap 100,000 penduduk, seramai 306.8 kadar kejadian angin ahmar dilaporkan dalam kalangan masyarakat Melayu pada 2020 berbanding 235.4 pada 2010.



Angka tersebut lebih tinggi berbanding kaum Cina pada kadar 191.0 (2010) dan 250.7 (2020); sementara masyarakat India pula 138.8 (2010) dan 223.1 (2020).



■ Usia median permulaan pesakit Melayu yang dikesan angin ahmar adalah 64.5 tahun pada 2020, berbanding 71.0 tahun dalam kalangan masyarakat Cina dan 64.4 tahun kaum India.




PANDANGAN PROFESOR MADYA DR DEIDRE DE SILVA



KESAN FAKTOR BERISIKO SENYAP



"... Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang kerap bagi mengesan faktor berisiko senyap seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, hiperlipidemia dan fibrilasi atrium.
Ambil ubat anda sekiranya mempunyai sebarang masalah ini dan amalkan gaya hidup sihat.''



JEJAS FIZIKAL DAN KOGNITIF



"Kesan-kesan ini biasanya bukan sahaja fizikal (menjejas kekuatan, deria sensasi, keseimbangan, penglihatan, pertuturan, dan lain-lain lagi).
Mungkin juga akan ada kesan kognitif (menjejas memori, pemikiran, dan lain-lain), psikologi dan kesan sosial juga.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >