Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Belanjawan beri peluang bina masa depan bersama

Mar 08, 2024 | 05:30 AM



Berakhir sudah Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Belanjawan 2024 di Parlimen pada 7 Mac.

Seramai 61 anggota Dewan saling bertukar pandangan sepanjang sembilan hari, selama 70 jam, mengenai belanjawan itu – dua setengah hari membahaskan kenyataan Belanjawan 2024 yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dan tujuh hari dalam perbahasan COS setiap kementerian.

Anggota Parlimen (AP) daripada parti pemerintah dan pembangkang, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) membahaskan dan menyoal rancangan kewangan 15 kementerian dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sejak 28 Februari.

Setelah lebih 598 ucapan disampaikan, Khamis 7 Mac menandakan penutupan rasmi perbahasan Belanjawan 2024.

Yang menyerlah dalam perbahasan itu ialah perbincangan mengenai cara terbaik bagi Singapura bergerak ke hadapan dalam dunia yang tidak menentu dari segi geopolitik, sambil mengukuhkan dan menyegarkan kompak sosial dalam kalangan warga.

Ini termasuk meningkatkan semangat pekerja dan keluarga yang lebih memerlukan bantuan, di samping memberi tumpuan pada usaha menggalak dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

Bagi pekerja, peningkatan sistem Tabung Simpanan Pekerja (CPF) antara perubahan utama yang mendapat perhatian.

Antara lain, Jumlah Persaraan Dipertingkat (ERS) akan dinaikkan daripada tiga kali kepada empat kali ganda Jumlah Persaraan Asas (BRS) bagi menyokong pencarum CPF yang ingin menerima bayaran lebih tinggi semasa bersara.

Ini bermakna ERS akan dinaikkan kepada $426,000 pada 2025 dan bukan lagi $319,500. Perubahan itu akan membolehkan mereka yang berusia 55 tahun ke atas memasukkan lebih banyak wang ke dalam akaun persaraan secara sukarela untuk menerima bayaran bulanan lebih tinggi.

Pengumuman Belanjawan 2024 berkaitan CPF dialu-alukan dan disambut baik kerana ia dilihat akan meningkatkan kecukupan persaraan warga Singapura.

Dengan jangkaan kos sara hidup lebih tinggi pada masa hadapan, perubahan ERS itu akan membantu rakyat Singapura memenuhi keperluan dan perbelanjaan persaraan mereka dengan lebih baik kelak.

Satu lagi pengumuman utama yang melibatkan pekerja ialah peningkatan SkillsFuture, dengan tambah nilai pada kredit SkillsFuture, akses kepada diploma bersubsidi dan elaun latihan yang diharap dapat menggalak lebih ramai individu meningkatkan kemahiran mereka.

Pengumuman Encik Wong mengenai $4,000 kredit SkillsFuture bagi menyokong golongan pertengahan kerjaya meningkatkan kemahiran dan elaun latihan $3,000 serta subsidi dipertingkat untuk diploma sepenuh masa menunjukkan komitmen berani dan jelas pemerintah dalam memastikan pembangunan profesional pekerja.

Ia juga isyarat bahawa pemerintah serius memastikan peningkatan kerjaya dan kebolehpasaran warga dan menyokong mereka dalam peralihan ke sektor baru sedang banyak industri dijangka menjadi usang dengan kemajuan teknologi pada masa hadapan.

Pekerja bergaji rendah juga tidak dilupakan, malah banyak usaha jelas dilakukan untuk meningkatkan golongan itu.

Antaranya, kenaikan siling gaji Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS) daripada $2,500 kepada $3,000 pada 2025, kenaikan Kelayakan Gaji Setempat (LQS) dan meningkatkan had pendapatan bulanan untuk Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) serta Skim Sokongan Kemahiran Kerja (WSS).

Belanjawan kali ini cuba mengurangkan jurang pendapatan – antara perkara yang menyumbang kepada ketidaksamaan dalam masyarakat.

Dalam hal ini, pemerintah memperkenal sokongan baru bagi lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) – langkah yang disambut baik ramai.

Di bawah Anugerah Kemajuan ITE, lulusan ITE berusia 30 tahun ke bawah akan menerima tokokan $5,000 dalam Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) apabila mereka menyertai program diploma, dan setelah berjaya meraih diploma, mereka akan diberi tokokan $10,000 ke dalam Akaun Biasa CPF mereka.

Sokongan baru itu menandakan perubahan penting ke arah peluang lebih saksama bagi kemajuan kerjaya bagi lulusan ITE.

Ia sekali gus membantu merapatkan jurang dalam kalangan anggota masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza agar kesepaduan sosial terjaga.

Jika dilihat secara keseluruhan, Belanjawan kali ini, sambil menangani keperluan semasa yang mendesak, turut menyediakan Singapura dan warganya bagi pergolakan masa depan sambil memastikan kebersamaan masyarakat tetap teguh.

Semua ini sejajar dengan matlamat, ‘Melakar Hala Tuju Singapura’, atau Forward SG.

Pemerintah sudah memainkan peranannya bagi tujuan itu, dari segi perancangan dan pelaksanaan yang dibentangkan melalui Belanjawan 2024.

Kini terpulang pada warga Singapura merebut peluang yang tersedia dan memaksimumkan faedah yang boleh mereka peroleh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >