Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Bola sepak bawa sinar harapan ke seluruh dunia

Nov 27, 2022 | 06:52 AM



DEMAM bola sepak sekali lagi melanda dunia.



Pada ketika inilah kita dapat melihat berjuta peminat sukan ini berkumpul untuk menyaksikan pertarungan antara pasukan negara yang terhebat merebut gelaran juara dunia.



Dianjurkan sekali setiap empat tahun, Piala Dunia juga dilihat sebagai satu pertandingan yang menyatukan manusia daripada pelbagai latar belakang, tidak kira usia, jantina, budaya serta kerakyatan.



Bola sepak juga merupakan sukan yang paling diminati dan ditonton di seluruh dunia, dan disebabkan itu, Piala Dunia merupakan antara acara sukan yang paling popular dan sering dinanti-nantikan.



Sukan ini jelas mempunyai daya tarikannya tersendiri dan ia bagaikan sebuah 'bahasa universal'.



Pemain legenda pasukan Jerman, Franz Beckenbauer, pernah berkata:



"Bola sepak merupakan salah satu cara komunikasi yang terbaik. Ia tidak berat sebelah, tidak berpolitik dan universal.



"Sukan ini memastikan tiada perbezaan antara satu sama lain, membangkitkan imaginasi, membuat orang gembira serta membuat orang sedih."



Menerusi bola sepak, kita juga dapat melihat bagaimana ia mempunyai kuasa untuk meningkatkan semangat seseorang dalam masa yang sukar.



Sejak beberapa tahun lalu, dunia telah mengharungi pelbagai cabaran - daripada bencana alam, peperangan serta pandemik Covid-19.



Namun, di sebalik semua cabaran ini, Piala Dunia mungkin dapat dilihat sebagai satu acara yang dapat membawa sinar harapan kepada seluruh dunia.



Piala Dunia, menerusi kuasa bola sepak, telah membawa orang ramai untuk merentasi sempadan, bersatu dan meraikannya bersama - kejohanan global yang menyatukan kita dengan semangat bola sepak.



Ia tidak kira sama ada pasukan negara anda berjaya layak beraksi pada kejohanan ini ataupun sebaliknya; apa yang penting ialah setiap peminat bola sepak dapat merasakan mereka sebahagian daripada acara yang penuh gah dan gemilang ini.



Baru-baru ini, saya berkesempatan ke Madrid, Sepanyol, dan berpeluang menyaksikan perlawanan pertama Sepanyol menentang Costa Rica bersama penyokong bola sepak lain.



Pada perlawanan itu, saya menjadi penyokong Sepanyol, bersama-sama penduduk di sana, bersorak dan laungan 'Espana' untuk pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia pada 2010.



Walaupun saya hanya seorang pelancong asing dari Singapura - dengan bahasa dan budaya memisahkan kami - penyokong di sana tetap menganggap saya seperti penyokong mereka sendiri.



Ketika menyaksikan perlawanan itu, seorang penyokong yang saya hanya kenali sebagai Mateo sempat bertanya dari mana saya berasal.



Selepas memberitahunya, beliau terus menjawab; "today you Spanish!" (hari ini awak orang Sepanyol!).



Tersentak saya buat seketika. Begitu mudah mereka menerima saya sebagai sebahagian daripada mereka.



Pengalaman itu meningatkan saya kembali kepada acara perasmian Piala Dunia 2022 di Qatar.



Dialog antara pelakon Hollywood, Morgan Freeman, bersama Duta Fifa Qatar, Ghanim Al Muftah, pada acara itu mendapat perhatian dunia.



Ia bermula apabila Freeman menyentuh tentang harapan, perpaduan dan sikap toleransi.



Beliau kemudian bertanya, "Bagaimana negara-negara, bahasa dan budaya yang berbeza dapat bersatu jika hanya satu haluan yang diterima?"



Memberi respons beliau, Al Muftah memetik ayat 13 Surah al-Hujarat, yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kamu saling mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu ialah orang yang paling takwa."



Freeman kemudian menjawab, "Saya kini faham. Apa yang menyatukan kita di sini adalah lebih besar daripada apa yang memisahkan kita."



Al Muftah kemudian menjawab kembali: "Kita akan dibangkitkan untuk percaya bahawa kita dipisahkan di pelosok dunia ini sebagai sebuah negara agar kita dapat mempelajari daripada satu sama lain dan mencari keindahan dalam perbezaan kita".



Ayat-ayat ini telah menyentuh hati ramai yang menontonnya dengan ramai antara mereka mengatakan bahawa ia satu persembahan yang menarik dan meningkatkan lagi semangat perpaduan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >