Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Gara-gara pandemik, majlis kahwin skala kecil dah jadi trend?

Jun 27, 2022 | 05:30 AM



MESKI dengan kelonggaran sekatan peraturan pengurusan selamat baru-baru ini, ia sukar untuk tidah endahkan faedah majlis perkahwinan pandemik yang diadakan berskala kecil dan intim.



Majlis perkahwinan Melayu seringkali diadakan secara besar-besaran sehingga lebih 1,000 tetamu.



Namun apabila Covid-19 melanda, ini menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa majlis perkahwinan besar-besaran tidak semestinya diperlukan.



Walau bagaimanapun, kelonggaran sekatan Covid-19 baru-baru ini telah menimbulkan perasaan rindu akan tradisi perkahwinan Melayu yang sudah dua tahun tidak dapat dilakukan.



Misalnya, majlis perkahwinan yang berlangsung lebih enam jam, acara bertandang, persembahan silat, muzik live, sesi karaoke, makanan bufet dan banyak lagi.



Sejak baru disarung cincin bulan lalu, persiapan perkahwinan saya sudah pun bermula.



Dari dulu, saya suka akan idea perkahwinan yang kecil-kecilan dan intim. Semua tetamu adalah kenalan akrab dan pengantin mengenali mereka.



Dengan Singapura kini hidup dalam keadaan endemik, saya rasa kurang khuatir jika perubahan dalam peraturan pengurusan selamat pada satu hari kelak.



Jika ada, saya yakin sektor perkahwinan juga sudah lebih bersedia menyesuaikan perniagaan mengikut perubahan.



Ada yang berkata saya lebih beruntung kerana dapat merancang majlis perkahwinan tanpa sekatan peraturan yang ketat ataupun peraturan yang kerap berubah.



"Boleh melangsungkan majlis perkahwinan idaman," kata mereka.



Namun, bagi saya, majlis perkahwinan idaman saya adalah berskala kecil.



Apabila saya menghadiri beberapa majlis perkahwinan rakan-rakan ketika pandemik, saya amat tertarik dengan konsep majlis berskala kecil.



Semuanya teratur, dan jika ada ucapan yang diberikan, tetamu juga turut mendengar.



Tidak riuh seperti biasa apabila majlis yang besar, terdapat banyak pergerakan dan kesibukan yang berlaku pada masa yang sama.



Selain itu, majlis perkahwinan pandemik juga hanya berlangsung beberapa jam sahaja.



Jadi tidaklah keluarga pengantin berasa terlalu penat. Mereka juga boleh santai dan menikmati majlis tersebut.



Ada pula beberapa keluarga, saudara-mara dan rakan yang bertanya, "Ada kompang tak nanti?", "Taknak bertandang ke?", "Nanti style bufet eh dan ada live station makanan tak?", "Sekarang dah boleh jemput ramai orangkan?" dan senarai soalan berterusan...



Saya faham bahawa inilah ciri-ciri majlis perkahwinan yang dirindui ramai setelah dua tahun ditiadakan.



Tetapi mahukah saya berbelanja lebih untuk khidmat-khidmat ini?



Saya akur bahawa antaranya juga ada yang saya gemar. Seperti ikut bertandang dan seterusnya pula ada proses 'hadang' dari pihak pengantin perempuan terhadap rombongan pengantin lelaki.



Sejujurnya saya amat bersyukur perancangan majlis perkahwinan saya ini tidak terikat dengan sekatan peraturan ketat.



Walaupun lagi setahun, saya belum menempah sebarang perkhidmatan kerana masih belum pasti majlis yang bagaimana saya inginkan.



Dengan kebebasan merancang majlis perkahwinan sekarang, saya mempunyai lebih pilihan dan rasanya lebih sukar untuk buat keputusan.



Walau bagaimanapun, saya gembira bahawa masyarakat Melayu kini lebih terbuka kepada konsep majlis perkahwinan berskala kecil dan intim.



Lebih kecil tidak bermakna kurang meriah.



Lebih kecil tidak bermakna kurang kepentingannya.



Lebih kecil juga tidak bermakna hilang adat dan budaya Melayu.




"... Saya gembira bahawa masyarakat Melayu kini lebih terbuka kepada konsep majlis perkahwinan berskala kecil dan intim.



Lebih kecil tidak bermakna kurang meriah.



Lebih kecil tidak bermakna kurang kepentingannya.



Lebih kecil juga tidak bermakna hilang adat dan budaya Melayu.''



- Penulis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >