Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Ibu tunggal tiga anak yang giat bersenam terkejut bila arteri tersumbat

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI ibu tunggal kepada tiga orang anak, Cik Muna, 45 tahun, perlu menguruskan sendiri urusan rumah tangga serta anak-anaknya.



Bermula bangun awal untuk memasak dan proses membesarkan anak-anak seperti menyediakan keperluan mereka sama ada ehwal persekolahan dan keperluan peribadi amat mencabar.



Lantas hal sebegini telah menyebabkan Cik Muna rasa tertekan.



Oleh kerana itu beliau sering mencari ruang peribadi seperti berbasikal untuk menenangkan fikiran dan meningkatkan tahap kesihatannya.



Namun pada satu hari Cik Muna mengalami sakit pada bahagian dada secara mengejut sehingga sukar bernafas.



Rasa sakit ini tidak pernah dirasai sebelum ini.



Tidak sanggup menanggung kesakitan Cik Muna menjalani pemeriksaan di hospital dan doktor mengesahkan ketiga-tiga arteri jantungnya tersumbat.



Cik Muna sangat terkejut apabila mengetahui jantungnya bermasalah. Selama ini, beliau hanya mengetahui masalah jantung hanya mengancam mereka yang kurang bersenam dengan amalan pemakanan tidak sihat.



Doktor memberitahu keadaan ini berlaku akibat paras kolesterol yang tinggi, masalah tekanan darah tinggi dan diabetes yang beliau hadapi.



Cik Muna akur memang beliau ambil mudah mengenai penjagaan jantung.



Pengalaman itu telah menyedarkan dirinya pentingnya penjagaan kesihatan jantung terutama dalam soal pemakanan dan bersenam.



Oleh itu Cik Muna mula mengubah gaya hidup dengan makan makanan berkhasiat.



Beliau menyedari bahayanya masalah kolesterol tinggi kepada kesihatan.



Beliau memaksa dirinya untuk melakukan perubahan ringkas menerusi amalan biasa yang dipraktikkan demi menikmati impak positif terhadap kesihatan jantung dan kualiti hidup dalam jangka panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >