Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PENULIS TAMU

Jam bersama buat saya kenal dan rapat semula dengan anak saya

ROSLEE JALIE

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



"PAPA, lagu apa kita nak nyanyi untuk pertandingan Jamming With Dad (JWD)?"



Soalan itu, yang ditanya anak perempuan saya hampir enam tahún lalu, soalan kegemaran saya.



Sewaktu itu saya masih mengajar di sebuah sekolah rendah dan fokus saya ialah memajukan karier saya.



Saya memang aktif di sekolah sebagai Ketua Jabatan di bahagian IT dan tugas saya selalunya berakhir agak lewat.



Anak saya Tiara selalu melihat saya pulang ke rumah penat dan kekadang dengan mood kurang baik.



Dia akhirnya agak menjauhkan diri dari saya kerana tidak mahu mengganggu saya dan hubungan kami mula renggang.



"Di tangga kedua Encik Roslee dan Tiara! Tahniah!"



Kami berasa sangat bangga.



Walaupun kami tidak di tangga teratas dalam pertandingan Jamming With Dad, yang lebih penting ialah pengalaman mempersiap diri untuk pertandingan itu banyak memperkenalkan semula saya kepada Tiara.



Contohnya adalah lagu-lagu yang dia suka, dan terkejut saya apabila mendapat tahu dia tahu lagu kegemaran saya.



Kami bersetuju untuk menyanyikan lagu bertajuk Rude. Kami meluangkan masa bersama hujung minggu untuk berlatih.



Kami bukan menyanyi sahaja, malah menyelitkan segmen kami berjoget bersama.



Perjalanan menuju ke pertandingan Jamming With Dad yang dianjurkan oleh Bapa Sepanjang Hayat (BSH) bukan mengenalkan semula saya dan anak saya, bahkan, yang lebih penting, membuat saya sedar betapa bertuah kami dapat mengongsi pengalaman bersama.



"Cikgu you nak organise JWD untuk tahun ini?"



Pada 2022, saya buat keputusan tampil dan berdamping lebih rapat dengan bapa-bapa lain daripada BSH.



Bermula dengan berjinak-jinak dalam projek kecil BSH pada tahun lalu, saya mula diberi kepercayaan menerajui JWD5 tahun ini.



Bukan itu sahaja, saya juga dapat kesempatan berinteraksi dengan bapa-bapa di dalam penjara dengan mengadakan bengkel untuk mereka.



Aktiviti-aktiviti lain, seperti kerja sukarelawan untuk membantu dalam forum bagi bapa dan bermain Go-Kart untuk bapa dan anak, membuat saya lebih teruja untuk lebih membantu apabila melihatkan senyuman lebar antara bapa yang terlibat dan anak mereka... seperti saya dengan Tiara.



"Papa tahun depan kita boleh masuk peraduan Jamming With Dad lagi…?"



• Penulis sukarelawan Bapa Sepanjang Hayat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >