Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Jangan sangka tidak boleh bersenam selepas serangan jantung

Oct 18, 2021 | 05:30 AM



SELEPAS satu serangan jantung, reaksi semula jadi ramai pesakit adalah mengelakkan senaman memandangkan timbul rasa takut akan stres yang akan dirasakan jantung.



Ini merupakan satu tanggapan salah yang biasa timbul. Padahal amalan tidak aktif boleh menimbulkan masalah fungsi jantung dan kualiti kehidupan yang lebih teruk serta membawa kepada kematian lebih awal.



Seperti otot lain dalam tubuh, jantung menjadi lebih kuat selepas bersenam.



Jantung yang kuat dapat bergerak dengan lebih berkesan dan kurang memerlukan oksigen, seperti juga otot tubuh yang cergas dan kuat juga menjadikannya lebih berkesan dan kurang memerlukan oksigen.



Lantas, jantung tidak perlu bergerak terlalu kuat untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.



Berikut perkongsian Penolong Pakar Fisioterapi Utama Yayasan Jantung Singapura (SHF), Cik Chan Pui Yee, seperti yang dilaporkan dalam laman yayasan itu.



KEPENTINGAN BERSENAM



Amalan kerap bersenam boleh memberi banyak manfaat:



1. Melibatkan diri secara kerap dalam senaman berintensiti rendah hingga sederhana dapat mengurangkan stres pada jantung selepas satu serangan jantung.



2. Mengurangkan tekanan darah dan mengekalkan glukos dalam darah.



3. Mengekalkan berat badan yang sihat menerusi senaman menjadikan kegiatan harian normal lebih mudah untuk dijalankan selain meningkatkan keyakinan dan kesihatan mental.



Senaman juga disarankan bagi semua orang yang selamat selepas serangan jantung, tidak kira yang kecil atau yang agak teruk.



Selagi mampu, mereka yang terselamat akibat serangan jantung amat disarankan menyertai satu program pemulihan jantung memandangkan bimbingan daripada pekerja jagaan kesihatan profesional dapat memastikan senaman yang selamat.



BILA BOLEH MULA?



Sentiasa periksa dengan pakar jagaan kesihatan profesional sebelum memulakan sebarang jenis senaman fizikal.



Secara umum selepas stabil secara perubatan, pesakit jantung boleh mula berjalan perlahan sejurus beberapa hari selepas serangan jantung itu.



Mereka yang mengalami serangan jantung yang agak teruk boleh tunggu seketika sehingga keadaan perubatan mereka lebih stabil sebelum mereka memulakan senaman lebih ringan dan mudah.



Dengan latihan dan kecergasan yang lebih baik, pesakit jantung yang terselamat boleh mebatkan diri dalam senaman yang berintensiti lebih tinggi.



Namun, sedang kesan risikonya pada jantung juga lebih tinggi, mereka yang ingin melakukan senaman sebegini patut berlatih secara berperingkat di bawah pantauan pakar profesional pemulihan jantung.



Untuk kekal selamat semasa bersenam pesakit dinasihatkan:



- Elak bersenam sekiranya tidak sihat.



- Lakukan sesi memanaskan tubuh dan menyejukkan tubuh. Sesi memanaskan tubuh apat mengurangkan masalah angina (sakit dada atau tidak selesa) semasa bersenam.



Sesi menyejukkan tubuh pula dapat mencegah atau mengurangkan sebarang rasa kerengsaan pada otot pada keesokan harinya.



- Makan semua ubat yang disarankan. Sekiranya penyembur GTN (Glyceryl trinitrate) yang digunakan untuk meredakan rasa sakit semasa mendapat serangan angina, bawalah ia bersama semasa bersenam.



- Periksa tekanan darah sebelum dan selepas bersenam. Sekiranya tekanan darah anda sebelum bersenam agak berbeza berbanding biasa, tangguhkan sesi senaman itu.



- Kekalkan hidrasi iaitu minum air secukupnya.



- Pesakit kencing manis, terutama yang menyuntik insulin, amat disarankan memeriksa kandungan gula dalam darah sebelum dan selepas bersenam.



Bawa bersama makanan seperti gula-gula semasa bersenam sekiranya kandungan gula dalam darah turun terlalu rendah.



- Bersenam pada kadar jantung yang selamat untuk diri sendiri. Bagi memastikan kadar selamat, lakukan ujian senaman dengan pakar profesional jagaan kesihatan yang boleh membimbing dan membuat perubahan mengikut kadar yang sesuai buat anda.



Justeru, anda amat disarankan memakai alat pemantauan jantung yang tepat semasa bersenam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >