Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Nasi bawang peninggalan arwah datuk pereratikatan keluarga

Apr 08, 2024 | 02:23 PM



Ramai dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam mengaitkan Hari Raya dengan masa untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim. 

Tentu sekali ini sesuatu yang boleh dan seharusnya dilakukan di luar tempoh tersebut, namun semasa Hari Raya peluang tersebut lebih tersedia memandangkan ia masa untuk berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara. 

Bagi keluarga saya pula, kami mempunyai ‘elemen khas’ yang menyatukan kami semua: Hidangan turun-temurun daripada datuk saya, Allahyarham Haji Jumaat, yang dipanggil nasi bawang. 

Seperti nama yang diberi, datuk saya menggunakan bahan utama seperti bawang kecil dan bawang putih untuk menyiapkan hidangan ini. Katanya, hidangan ini lebih sedap dan sesuai untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi sepertinya. 

Menurut ibu saya, datuk saya telah memasak nasi bawang untuk majlis perkahwinan ibu saya. Ia menarik perhatian tetamu kerana mereka selalunya dijamu nasi minyak semasa majlis perkahwinan. Ramai juga yang memuji masakan datuk saya. 

Resepi ini kemudian diturunkan datuk saya kepada anak-anaknya termasuk ibu saya. 

Selalunya, datuk saya akan memasak nasi bawang ini pada hari-hari istimewa termasuk Hari Raya manakala nenek saya akan masak lauk-pauk seperti ayam masak padang. 

Saya juga berpeluang menikmati masakan mereka daripada kecil sehingga 11 tahun. Setiap pagi Raya, rumah tiga bilik mereka di Teban Gardens menjadi meriah dan kecoh. 

Semua saudara akan berkumpul di rumah mereka, membawa kuih-muih ataupun lauk-pauk masing-masing. 

Kanak-kanak akan duduk di depan televisyen untuk menonton filem klasik Shah Rukh Khan. Ibu pun pernah kata kepada saya: “Kalau lambat makan nanti habis nasi bawang atuk.” 

Setelah menjamu selera dan meluangkan masa bersama, perabot rumah pula dialih untuk memberi ruang buat keluarga besar ini untuk bergambar bersama. 

Semakin lama, semakin ramai orang ada dalam gambar ini – ada yang sudah mendirikan rumah tangga dan ada juga sudah mempunyai anak. Malangnya, pada waktu itu, kita tidak mengambil gambar nasi bawang yang dimasak datuk saya. 

Datuk dan nenek saya telah meninggal dunia hampir dua dekad lalu.

Untuk memperingati mereka, nasi bawang mereka kini menjadi simbol untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga saya. 

Nasi bawang ini akan dijamu dengan beberapa lauk sampingan lain seperti rendang, ayam masak merah dan sambal udang di rumah mak cik saya. Hidangan ini juga membuat kami sekeluarga rasa tidak sabar mahu menyambut Hari Raya bersama.

Yang muda akan duduk di lantai manakala yang lebih berusia akan duduk di ruang tamu ataupun kerusi yang disediakan. 

Jarang sekali kami berebut untuk sepinggan nasi bawang kerana mak cik saya memastikan semua dapat merasa hidangan istimewa ini. Kadangkala, kita juga akan tambah nasi ini kerana terlalu sedap!

Resepi nasi bawang ini juga telah diturunkan kepada generasi seterusnya. Ada sepupu saya telah pandai memasak nasi bawang untuk perayaan istimewa seperti majlis sambut hari jadi anak, majlis pertunangan ataupun kenduri. 

Selain menjamu selera, mak cik saya akan mengongsi beberapa nasihat supaya nasi bawang yang dimasak rasa enak seperti yang dimasak arwah datuk saya.

Saya sendiri pernah mencuba sekali untuk masak nasi bawang ini tetapi tidak mencapai rasa keenakan seperti yang dibuat ibu saya ataupun arwah datuk saya. 

Mungkin saya masih belum cukup berpengalaman ataupun air tangan saya berbeza daripada mereka. Maklumlah, masakan orang tua lagi enak rasanya. 

Dengan berkongsi cerita ini, saya juga mendapat peluang mengimbas kembali kenangan indah bersama arwah datuk saya. 

Jika saya mempunyai peluang meluangkan masa dengannya, saya ingin menjamu nasi bawang bersama di flat tiga biliknya sambil berborak bersamanya.

Hari ini, hanya tanah lapang yang tinggal di kawasan Teban Gardens. 

Bak kata pepatah, harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Bagi arwah datuk saya pula, resipi nasi bawang yang ditinggalkannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >