Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Persatuan Barah Singapura tawar bantuan $25 galak wanita jalani ujian mamogram

Oct 18, 2021 | 05:30 AM



SEPANJANG bulan ini dan November, wanita yang layak akan menerima bantuan dana sebanyak $25 dari Persatuan Barah Singapura (SCS) untuk menjalani pemeriksaan mamogram.



Wanita yang menjalani mamogram di pusat pemeriksaan buah dada dalam program pemeriksaan sepanjang hayat kendalian Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) atau (HPB Screen for Life) di poliklinik harus membayar $25 (untuk warganegara Singapura) dan $50 (bagi Penduduk Tetap) - setelah mendapat subsidi pemerintah dan bantuan pendanaan SCS.



Untuk pemeriksaan mamogram yang dilakukan di pusat pemeriksaan buah dada swasta yang mengambil bahagian, SCS akan menanggung kos pemeriksaan sebanyak $25.



Sekiranya anda mempunyai kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) berwarna oren/biru yang sah, anda boleh dipertimbangkan untuk menjalani pemeriksaan mamogram secara percuma di SCS@Bishan.



Untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan bantuan dana, janji temu mesti dibuat di pusat pemeriksaan buah dada sebelum 15 November ini.



Pemeriksaan mamogram mesti dilakukan sebelum 30 November 2021.



Kelayakan bantuan pembiayaan dan senarai lengkap klinik boleh didapati di http: // bit.ly/scsbcam2021.



Pemeriksaan mamogram secara berkala dapat mengesan barah buah dada lebih awal.



Namun kira-kira 60 peratus wanita berusia 50 hingga 69 tahun tidak melakukan pemeriksaan.



Barah buah dada adalah barah nombor satu yang menyerang wanita Singapura dan pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa.



Lakukannya dua tahun sekali apabila anda berusia 50 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >