Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Tiru macam saya Dr Razakjr kongsi tip jaga jantung sihat

Mar 06, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang pakar kardiologi yang telah merawat ramai pesakit, Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar sering ditanya tentang makanan yang perlu dipilih untuk jantung yang sihat.



Beliau yang merupakan Pengarah Eksekutif IAPPS Health Group (IHG), menganggap seseorang tidak perlu menjadi pakar pemakanan untuk mengetahui bahawa anda tidak akan mendapat banyak manfaat daripada memakan burger, donat atau kentang goreng secara konsisten.



Katanya jantung yang merupakan organ penting manusia yang berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan memerlukan penjagaan yang baik dan antaranya boleh dilakukan dengan pemakanan yang terbaik untuk jantung.



"Melihat kepada jangka hayat hidup kita, lelaki boleh hidup sehingga 83 tahun dan wanita pula 85 tahun.



"Oleh kerana kita hidup lama, kita perlukan pemakanan yang baik.



"Risiko serangan jantung boleh meningkat sehingga 50 kali ganda jika tidak djaga dengan baik dan jika dijaga dengan baik hanya 1 peratus risiko. Ini banyak memberikan perbezaan.''



Amalan Dr Razakjr: Bersarapan dan tanpa sarapan



Makanan biasanya menjadi barisan pertahanan pertama untuk menentang pelbagai masalah kesihatan.



Kajian juga mendapati pemakanan yang merangkumi oat terutamanya berkesan untuk mencegah masalah kesihatan yang berkaitan gula darah dan kardiovaskular.



Dr Razakjr berkata antara amalan beliau untuk menjaga kesihatan ialah biasanya beliau tidak bersarapan pagi.



Ini kerana tanpa bersarapan, ia boleh membuatkan beliau menyimpan kalori untuk kegunaan waktu lain pada hari tersebut.



Kaedah ini katanya juga lebih kurang sama dengan 'intermittent fasting' atau puasa sekejap-sekejap.



Menurut Dr Razakjr, dengan tidak bersarapan seseorang akan mengambil lebih sedikit kalori sepanjang hari, yang mengakibatkan penurunan berat badan.



Namun katanya jika ingin bersarapan, beliau akan mengambil makanan pagi yang sihat dengan kandungan protein tanpa lemak dan bijirin yang mesra diet akan membantu dirinya berasa kenyang dan selesa sepanjang hari.



Beta-glukan oat - serat mudah larut dan polisakarida yang kuat dan boleh dijumpai dalam lapisan luar bijirin (bran oat) - sudah dibuktikan secara klinikal dapat memberikan kebaikan yang luar biasa untuk mengurangkan kolesterol.



Ia juga bermanfaat kepada kesihatan jantung dan juga melindungi saluran penghadaman dan memperlahankan penyerapan gula daripada makanan.



Menurut Dr Razkjr, protein serta serat, yang membantu mengekalkan kadar gula darah yang stabil, memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicerna.



Ini sekali gus membantu beliau berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.



Hilangkan lemak



Dalam menjaga kesihatan jantung, Dr Razakjr berkata menghilangkan lemak adalah matlamat utama dalam menurunkan berat badan kerana ia sangat penting bagi memastikan tubuh terus berfungsi.



Penyelidik katanya telah mengaitkan jumlah lemak yang tinggi terkumpul di badan ada kaitannya dengan penyakit jantung.



Jika tidak dijaga sempurna dan mengabaikan amalan gaya hidup sihat, ia akan mempengaruhi kesihatan jantung.



"Kita juga jangan menyalahkan faktor baka atau penyakit jantung disebabkan faktor penyakit keturunan. Ia hanya menjadi faktor kecil kepada masalah jantung.



"Penyakit jantung berisiko muncul atas pengaruh persekitaran seperti pemakanan dan gaya hidup kita yang tidak sihat,'' ujar Dr Razkjr.



Justeru katanya, amalan gaya hidup sihat untuk jantung yang sihat itu seharusnya dimulakan dengan diet seimbang dengan pilihan makanan harian berasaskan piramid makanan.



Kombinasi pelbagai jenis sajian rendah gula, garam dan lemak meliputi buah-buahan, sayuran, bijian, kekacang dan protein tanpa lemak akan membantu mengurangkan kadar kolesterol dan gula dalam darah.



Selain itu, katanya amalkan gaya hidup aktif seperti berjalan, berbasikal atau melakukan pelbagai pergerakan badan.



Bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu, 30 minit setiap sesi juga sangat digalakkan bagi membantu mencegah penyakit kardiovaskular serta menstabilkan tekanan darah.



Tabiat buruk



Menurutnya apabila penyakit jantung menyerang, ia akan merampas kebahagiaan kehidupan ramai manusia.



Ini diburukkan dengan tabiat buruk yang wajar dihentikan iaitu merokok.



Merokok katanya bukan sahaja menyebabkan barah tetapi juga merosakkan paru-paru dan meningkatkan risiko penyakit jantung.



Malah, banyak kajian membuktikan merokok penyebab utama penyakit jantung koronari yang berpunca daripada serangan jantung.



Namun dalam kebanyakan kes, penyakit itu pula akan saling berkait sehingga menyebabkan wujud jenis penyakit lain seperti kencing manis, gout, kardiovaskular, usus, buah pinggang dan banyak lagi.



"Anda pasti menyesal kerana tidak menjaga kesihatan dengan baik. Jika diberi peluang memulakan semula, mereka pasti akan mengubah gaya hidup,'' kata Dr Razakjr.



Dalam pada itu, Dr Razakjr berkata semua amalan hidup sihat itu akan lebih sempurna dengan keprihatinan membuat pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan jantung secara berkala.



"Bagi yang masih mempunyai kesihatan yang baik, kita perlu beringat mengenai masa depan dan mula melabur dalam gaya hidup yang boleh membantu memastikan kesihatan baik untuk jangka masa panjang,'' tambahnya.



Pilihan makanan dan minuman



Beliau juga mengingatkan agar masyakat Melayu mengamalkan pengambilan makanan dan minuman yang rendah kandungan gula.



Baginya adalah penting untuk mengurangkan pengambilan produk yang mempunyai gula sebagai bahan teratas di dalam senarai bahan ramuan.



Ini seperti menggantikan pencuci mulut yang manis dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.



"Minum air kosong dan bukannya minuman ringan, sirap dan kordial.



"Serangan jantung adalah penyakit pembunuh nombor dua di Singapura. Ia berlaku apabila plak berlemak menyumbat arteri koronari dan menyekat aliran darah ke jantung dan otak.



"Ini bermakna bagi setiap seorang daripada empat rakyat Singapura dewasa meninggal dunia akibat serangan jantung.



"Ia disebabkan faktor risiko seperti kolesterol darah yang tinggi, kebarangkalian darah membeku dalam aliran darah, stres dan hipertensi.



"Diabetes, penyakit serius menerusi paras glukosa darah tinggi juga boleh membawa kepada serangan jantung.



"Kita cenderung bersikap sambil lewa terhadap jantung kita, yang bermakna jantung yang tidak sihat tampak seakan-akan muncul entah dari mana.



"Bagaimanapun penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba; ia berlaku disebabkan oleh kerosakan selama bertahun-tahun kepada arteri dan otot jantung,'' ujar Dr Razakjr.




"Kita juga jangan menyalahkan faktor baka atau penyakit jantung disebabkan faktor penyakit keturunan. Ia hanya menjadi faktor kecil kepada masalah jantung.
"Penyakit jantung berisiko muncul atas pengaruh persekitaran seperti pemakanan dan gaya hidup kita yang tidak sihat.''
- Dr Razakjr




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >