Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Perluas ruang bersama bantu pupuk hubungan, tingkat persefahaman

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA adalah sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama yang telah menikmati keharmonian kaum dan agama. Kerharmonian yang kita nikmati bukan datang secara kebetulan, tetapi ia adalah hasil usaha bertahun lamanya.



Kerja yang saya lakukan memberikan saya peluang untuk kerap berinteraksi dengan pelbagai badan masyarakat dan kumpulan agama.



Baru-baru ini saya dijemput sebagai tetamu terhormat bagi sebuah acara yang dianjurkan oleh Pertubuhan Antara Agama (Inter-Religious Organisation) untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mangsa-mangsa banjir di Pakistan.



Wakil-wakil dari beberapa kumpulan agama yang berbeza turut hadiri acara itu untuk memberi sokongan dan komitmen kepada keamanan dan kerharmonian secara kolektif.



Secara umum, pendekatan Singapura untuk membina dan memelihara perpaduan sosial berteraskan tiga aspek: undang-undang yang melindungi kerharmonian kaum dan agama; dasar dasar yang memupuk integrasi sosial; dan program-program yang menggerakkan masyarakat untuk meningkatkan rasa hormat dan persefahaman.



UNDANG-UNDANG LINDUNGI KEHARMONIAN KAUM DAN AGAMA



Undang-undang menggariskan antara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam masyarakat.



Di Singapura, kita mempunyai pelbagai undang-undang untuk mempertahankan keharmonian kaum dan agama.



Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA) adalah sebuah rang undang-undang yang penting untuk mempertahankan dan menegakkan keharmonian agama di Singapura.



MRHA membenarkan pemerintah untuk mengambil tindakan terhadap sebarang kelakuan yang menjejas keharmonian agama dan memberi kuasa kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri (MHA) untuk mengeluarkan Perintah Sekatan.



Sejak ia diluluskan pada 1990, MRHA belum pernah digunakan dan ini menunjukkan keberkesanan undang-undang yang membentuk nilai-nilai yang bersesuaian dengan masyarakat majmuk kita.



Pada 2019, pindaan terhadap MRHA diluluskan untuk membolehkan Pemerintah respon dengan lebih cepat apabila berhadapan dengan kejadian yang boleh mengancam keharmonian agama dan pada yang sama, mengukuhkan badan badan kumpulan agama kita terhadap pengaruh asing.



Untuk menunjukkan peri pentingnya keharmonian kaum di Singapura, Pemerintah merancang untuk meluluskan Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum yang menghimpunkan segala undang-undang yang menangani isu-isu perkauman yang sedia ada dan memperkenalkan pendekatan yang lebih lembut untuk menggalakkan sikap berbaik-baik dan meningkatkan persefahaman antara kaum.



Kami sedang mengusahakan cadangan itu.



DASAR DAN PROGRAM KOMUNITI UNTUK LUASKAN RUANG BERSAMA



Walau bagaimanapun, undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk memastikan keharmonian kaum dan agama.



Kita juga harus meluaskan ruang bersama untuk orang awam dari pelbagai latar, kaum dan agama berinteraksi dan berkongsi pengalaman. Cara ini dapat bantu memupuk hubungan, meningkatkan persefahaman dan membina kepercayaan di antara semua lapisan masyarakat.



Kebanyakan dasar dan inisiatif telah dilakarkan dengan objektif untuk mengekalkan perpaduan sosial dan meluaskan ruang bersama.



Sebagai contoh, acara-acara perayaan berbilang kaum, Dasar Integrasi Etnik (Ethnic Integration Policy) untuk perumahan umum, percampuran sosial di sekolah kebangsaan, Perkhidmatan Negara dan lain-lain lagi.



Anda mungkin pernah dengar tentang Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) yang ditubuhkan pada tahun 2002.



Ia berfungsi sebagai sebuah jambatan yang menyambungkan kumpulan-kumpulan agama, etnik dan kumpulan komuniti di peringkat umum dan bertujuan untuk membina persefahaman, tingkatkan kepercayaan dan bina persahabatan.



Pada Julai 2022, sebuah pengumuman telah dilakukan untuk jenamakan semula Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama kepada Kumpulan Keharmonian Antara Kaum dan Agama (Racial and Religious Harmony Circles) untuk mencerminkan matlamat lebih luas dalam menggalakkan keharmonian kaum dan agama di sini.



Di peringkat nasional pula, kita sering melibatkan ketua-ketua dari kumpulan-kumpulan etnik dan agama di dalam masyarakat melalui National Steering Committee (NSC) mengenai Keharmonian Kaum dan Agama.



Di NSC, pelbagai pihak bertanggungjawab dapat tukar pandangan dan rumuskan strategi dengan kerjasama Pemerintah, untuk mengukuhkan hubungan antara kaum.



Persepaduan sosial kita adalah hasil penelitian banyak dasar dan aktiviti-aktiviti yang memastikan masyarakat dari latar belakang yang berbeza, berbilang kaum dan agama dapat bergaul bersama dengan bebas.



Apa yang kita ada di Singapura adalah unik, di mana masyarakat berbilang kaum dan agama wujud bersama secara aman, dan ini tidak boleh diambil ringan.



IDENTITI KITA SEBAGAI MELAYU/ISLAM SINGAPURA



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berucap di Rapat Umum Hari Kebangsaan tahun ini bahawa masyarakat Melayu/Islam di Singapura telah menjadi satu identiti yang unik yang menjalankan hidup secara harmoni di dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.



Ini tidak dapat dikecapi tanpa sokongan yang padu daripada rangkaian badan masyarakat dan kepimpinan agama Muis dan asatizah-asatizah yang telah menyesuaikan diri dengan keadaan sosio-agama yang kian rumit.



Dari masa ke masa, masyarakat akan bergelut dengan isu-isu yang memecahbelahkan. Antara contoh terdekat ialah pengumuman pemansuhan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam Ucapan Rapat Hari Kebangsaan.



Ada sesetengah daripada masyarakat kita berasa bimbang kerana mereka menganggap pemansuhan Seksyen 377A bercanggah dengan prinsip dan pendirian Islam.



Walau bagaimanapun, kita mesti ingat bahawa apa yang dianggap satu dosa tidak semestinya satu kesalahan jenayah.



Masyarakat Muslim kita berhak untuk terus mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan kekeluargaan, dan menyuarakan pandangan mengenai isu ini.



Tetapi adalah penting untuk berbuat demikian secara berhemah. Selaras dengan irsyad yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti, meskipun kita memegang pendapat yang berbeza, kita tidak harus membenarkan kebencian dan penghinaan untuk menang.



Jika tidak, ia akan menyebabkan polarisasi yang lebih meluas dan perpecahan dalam masyarakat.



Pada masa yang sama, kita harus berpegang tegas menentang pandangan dan ideologi ekstremis yang boleh memecahbelahkan dan menyemai perselisihan di kalangan rakyat Singapura.



Saya gembira dengan sokongan masyarakat atas keputusan Pemerintah untuk tidak membenarkan masuk pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, pada Mei 2022.



Kita sedar bahawa pendakwah yang menyebarkan ajaran ekstremis dan pengasingan tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum di Singapura dan jika dibenarkan, akan memudaratkan perpaduan sosial yang sudah lama dipupuk.



Dengan menularnya ajaran eksklusif dan ekstremis di media sosial, kita harus bersatu-padu memainkan peranan berjaga-jaga supaya ia tidak berakar di Singapura yang berbilang kaum dan agama.



KESIMPULAN



Sebagai sebuah masyarakat majmuk, kita harus ingat bahawa isu-isu kemasyarakatan berkaitan dengan kaum dan agama adalah bak kata pepatah retak menanti belah.



Perbicaraan yang berbaur perkauman dan keagamaan harus sentiasa dikendalikan dengan teliti walaupun perkara-perkara ini dibincangkan secara terbuka.



Sejajar dengan kemajuan masyarakat kita, kita juga harus menerima kepelbagaian pandangan berkaitan kaum dan agama.



Matlamat akhir seharusnya adalah persefahaman yang lebih baik dan sikap akomodasi tanpa mengira umur, pandangan dan pilihan.



Walaupun mempunyai pendirian yang berbeza, saya berharap kita dapat menghormati antara satu sama lain, mencari cara untuk berkompromi supaya kita dapat bentangkan topik-topik yang mustahak walaupun tidak mudah dibicarakan di dalam masyarakat.



Saya juga berharap kita dapat terus kekalkan tahap perpaduan sosial ini pada tahun-tahun yang akan datang.




• Penulis Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara)




"Sebagai sebuah masyarakat majmuk, kita harus ingat bahawa isu-isu kemasyarakatan berkaitan dengan kaum dan agama adalah bak kata pepatah retak menanti belah. Perbicaraan yang berbaur perkauman dan keagamaan harus sentiasa dikendalikan dengan teliti walaupun perkara-perkara ini dibincangkan secara terbuka. Sejajar dengan kemajuan masyarakat kita, kita juga harus menerima kepelbagaian pandangan berkaitan kaum dan agama. Matlamat akhir seharusnya adalah persefahaman yang lebih baik dan sikap akomodasi tanpa mengira umur, pandangan dan pilihan.’’
- Penulis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >