Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Lidah Pengarang

Walau kecil, S'pura berdiri megah di pentas dunia

Nov 27, 2022 | 06:52 AM

DUA perkembangan menarik baru-baru ini menunjukkan betapa Singapura, sebuah negara kecil dari segi saiz, dipandang dan mendapat tempat di arena antarabangsa. Pertama, penyertaan Singapura pada Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) di Bali. G20 terdiri daripada 20 negara maju dan membangun termasuk Amerika Syarikat, China, India, Indonesia, Russia, Kesatuan Eropah, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Australia. Meski bukan anggota G20, Singapura diundang ke sidang puncak yang mendapat perhatian dunia. Dan kedua, pengiktirafan antarabangsa ke atas Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) oleh Badan Fatwa Sedunia.

Semasa mesyuarat G20, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menyuarakan peri pentingnya sistem dagangan berbilang berdasarkan peraturan diperkukuh supaya semua negara terus menikmati akses kepada komoditi bekalan, makanan dan pertanian semasa krisis, serta mempercepat sasaran mencapai sifar bersih secara kolektif. Beliau juga berkata gelombang Covid-19 yang berulang di dunia dan peperangan berterusan Russia terhadap Ukraine telah memburukkan jaminan keselamatan makanan dan bekalan sejagat.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >